Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 daripada 8 projek BTO di Punggol Northshore District telah siap

Jul 24, 2022 | 05:49 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan enam daripada lapan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol Northshore District telah selesai.


Baki dua lagi dijadual siap menjelang suku ketiga tahun ini.


Sedang lebih ramai penduduk menerima kunci rumah baru mereka, Punggol Northshore akan menjadi kawasan yang lebih bertenaga.


Daerah itu telah diiktiraf kerana menyediakan sekitaran mampan yang bermutu bagi penduduk untuk menetap, belajar, bekerja dan beriadah.


Penduduk juga boleh menjangka kemudahan lain yang akan datang di Punggol seperti hab masyarakat One Punggol yang akan dibuka secara progresif tahun ini, serta Stesen MRT Punggol Digital District dan Punggol Coast, yang dijangka beroperasi pada 2024.


Northshore Plaza ialah salah satu daripada lima Pusat Kejiranan (NC) generasi baru yang disiapkan setakat ini oleh HDB di samping Oasis Terraces di Punggol; Buangkok Square dan Hougang Rivercourt di Hougang; serta Canberra Plaza di Sembawang, menurut satu kenyataan HDB pada Ahad. (24 Jul)


NC generasi baru ini menumpukan pada reka bentuk baik untuk membantu membina masyarakat dan meningkatkan kemudahan dan ketersambungan ke sekitaran, menyediakan ruang masyarakat yang luas serta gabungan penyewa yang dipilih khas berdasarkan keperluan penduduk.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >