Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PEMERGIAN DI BULAN SUCI

6 dekad dalam bidang penulisan dan seni persembahan

Apr 27, 2021 | 05:30 AM

SUMBANGAN dan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Sulaiman Jasman, atau lebih dikenali sebagai Sulaiman Jeem, cukup meluas, daripada bidang penulisan ke seni persembahan, merentas lebih enam dekad.

Apabila berita pemergiannya diumumkan malam kelmarin, ucapan takziah bertali arus disampaikan di media sosial, termasuk juga oleh mereka yang berpeluang bekerjasama dengan Allahyarham semasa hayatnya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 87 tahun, dan meninggalkan empat anak dan 10 cucu.

Menurut anak ketiganya, Encik Muhammad Salihin, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Masyarakat Yishun akibat radang paru-paru.

Kesihatan Allahyarham didapati kurang baik sejak beberapa bulan kebelakangan, apabila beliau cepat berasa penat semasa berjalan, dan mula lupa nama anak-anak dan saudara-mara.

"Dalam tiga hingga empat bulan lalu, kami mendapati Allahyarham lekas penat. Minggu lalu kami mendapati beliau susah bernafas, jadi kami bawanya ke hospital. Kami diberitahu yang radang paru-paru itu sudah lanjut dan menjejas jantungnya," kata Encik Muhammad Salihin, 55 tahun.

Beliau berkata, sebelum keadaan kesihatan ayahnya merosot, Allahyarham aktif bergerak sendiri, terutama pada hari Jumaat, untuk ke masjid dan sebagainya.

Pergerakannya bagaimanapun terhad sejak pandemik Covid-19 melanda, dan beliau kelihatan resah di rumah.

Allahyarham semasa hayatnya antara lain pernah bertugas sebagai wartawan di Berita Harian dari 1960 hingga 1982 sebelum berkhidmat sebagai pegawai perhubungan di Jamiyah di mana antara lain beliau memanfaatkan media untuk mengukuhkan hubungan badan itu dengan masyarakat.

Allahyarham juga merupakan pelopor kumpulan seni persembahan Sriwana dan berkhidmat sebagai presidennya selama 12 tahun.

Allahyarham telah menulis sendiri atau bersama penulis lain sekurang-kurangnya lapan buku, termasuk buku sirah Islam, Jejak-Jejak Suci dan Jejak-Jejak Suci II; serta kompilasi cerpennya, Buahatiku Sayang.

"Allahyarham memang aktif dalam bidang penulisan. Beliau suka dan rajin kalau teman-teman memintanya menyunting buku. Sebagai seorang ayah, beliau tegas dan mengutamakan pelajaran dan agama. Beliau suka membantu orang dan akan cuba membantu apa-apa kegiatan dana dan suka menyokong kegiatan masjid dan seni," kata Encik Muhammad Salihin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3