Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 didakwa atas kesalahan berkaitan barangan tembakau seludup, rokok

Oct 21, 2022 | 05:02 PM



SEORANG lelaki telah pernah bekerja bersama Pasukan Polis Bantuan Certis Cisco apabila dia didakwa menyalahgunakan produk tembakau terlarang, termasuk sekurang-kurangnya 15 pod e-rokok, bernilai $227 kesemuanya.


Chew Soon Loong, 33 tahun, yang dituduh melakukan kesalahan itu antara Oktober 2021 dengan Januari 2022, didakwa di mahkamah semalam (21 Okt) atas satu tuduhan pecah amanah jenayah.


Namun, difahamkan dia bukan bertugas sebagai pegawai polis bantuan pada masa kesalahan yang didakwa itu berlaku, menurut laporan The Straits Times (ST).


Menurut dokumen mahkamah, dia telah ditugaskan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan bagi pihak Penguasa Sains Kesihatan (HSA).


Seorang lagi lelaki, Mohamad Nor Amali Halmi, 35 tahun, bertugas sebagai penolong penyelia penguatkuasaan di sebuah firma bernama People Advantage, anak syarikat di bawah kumpulan Certis, apabila dia didakwa memalsukan dua borang pelaporan kesalahan terhadap dua orang – Muhammad Danial Haslee Roslee dan Tiangco Janna Mara Cabalona – kerana memiliki produk tembakau yang dilarang.


Mohamad Nor dikatakan telah menandatangani dokumen itu atas dua nama itu pada atau sekitar 17 Mac dan kini dituduh atas dua tuduhan pemalsuan.


Dokumen mahkamah tidak memberi butiran mengenai Danial dan Tiangco.


Chew dan Nor adalah antara enam orang yang didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan yang dikaitkan dengan barangan tembakau terlarang dan rokok seludup.


Empat lagi ialah Steven Nick Gabriel, 29 tahun; Vijeyen Sargaren, 30 tahun; Mohan Raj Akilan, 31 tahun; dan Chong Wan Siong, 43 tahun.

Mereka dituduh secara tidak jujur menerima barangan curi seperti produk tembakau terlarang yang didakwa diselewengkan penjawat awam yang identitinya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >