Singapura melaporkan 20 kes Covid-19 baru sehingga tengah hari Ahad (6 Jun), kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Enam daripada kes baru itu merupakan kes dalam masyarakat, dengan lima berkait dengan kes sebelumnya serta sudah dikenakan kuarantin.
Satu kes baru buat masa ini tidak berkait, jelas MOH.
14 adalah kes import yang sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura, 12 merupakan warga Singapura atau penduduk tetap.
Tidak ada kes baru di dormitori pekerja yang dilaporkan.
Kes baru ini membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan di Singapura kepada 62,196.
Lebih banyak butiran akan diumumkan nanti.