6 masjid saji juadah buka puasa lebih sihat
May 11, 2019 | 05:30 AM
SEBANYAK enam masjid, yang bekerjasama dengan syarikat katering untuk mengubah menu masing-masing, sudah mula menyajikan makanan lebih sihat waktu berbuka puasa tahun ini.
Masjid terlibat ialah Al-Mawaddah di Sengkang, An-Nahdhah di Bishan, Assyafaah di Admiralty, Darul Makmur di Yishun, Al-Istighfar di Pasir Ris dan Yusof Ishak di Woodlands.