Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 pegawai SAF didenda berhubung kes kematian NSF Dave Lee

Sep 24, 2020 | 06:00 PM



ENAM pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang telah didakwa di mahkamah tentera atas kematian anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Dave Lee pada 2018 telah dijatuhkan hukuman, kata Kementerian Pertahanan pada Khamis (24 September).


Enam anggota tentera itu - dua pegawai tetap dan empat anggota Perkhidmatan Negara Kerahan (NSmen) - yang pertama kali didakwa pada Februari, didenda antara $1,800 dengan $4,500.



Tiga daripada mereka juga diturunkan pangkat daripada Sarjan Ketiga (NS) ke Koperal (CPL).


Koperal Kelas Pertama Dave Lee, 19 tahun, dari Batalion Pertama Pengawal Singapura, meninggal dunia pada 30 April 2018, kira-kira dua minggu setelah dimasukkan ke Hospital Besar Changi akibat strok haba.



Prosiding mahkamah tentera itu berlaku setelah Kapten Tan Baoshu - pegawai penyelia dalam perarakan pantas sejauh 8 kilometer di mana kejadian itu berlaku - diberi pelepasan yang tidak membawa kepada pembebasan pada Januari tahun ini, setelah dia disahkan menghidap barah tahap empat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >