Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 perjanjian kerjasama di meterai di hari ketiga lawatan PM Lee ke Vietnam

Mar 23, 2017 | 04:08 PM



HANOI - Singapura dan Vietnam menandatangani enam perjanjian untuk memperluaskan kerjasama pada Khamis (23 Mac), termasuk kemungkinan bekerja sama membangunkan taman inovasi dan perindustrian.



Ia adalah bukti kerjasama yang kian meningkat antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bersama dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc.



"Hubungan ekonomi kita kuat ... Penerbangan kedua-dua arah kita penuh dan saya fikir jika kita boleh mempunyai lebih banyak penerbangan kita akan mempunyai lebih banyak penyambungan, lebih banyak peluang ekonomi dan lebih banyak pelaburan dan perdagangan," kata Encik Lee dalam sidang akhbar bersama dengan Mr Phuc selepas mereka bertemu di Pejabat Pemerintah di Hanoi.



Encik Phuc berkata kedua-dua negara bersetuju bekerja rapat bagi menggalakkan kerjasama dua hala dalam bidang lain termasuk pendidikan, latihan, budaya, dan pelancongan.



Perjalanan antara Vietnam dan Singapura sedang berkembang dengan lebih hubungan perniagaan intensif dan pelancongan. Kededua perdana menteri bersetuju bahawa mereka berbincang lebih lanjut bagi perkhidmatan udara dua hala bagi meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.



Encik Lee sedang melakukan lawatan rasmi empat hari ke Vietnam, yang berakhir pada Jumaat. Ia adalah kali pertama Encik Phuc menjadi tuan rumah kepada Encik Lee sejak menyamdang jawatan sekarang pada April tahun lepas.



Encik Phuc berkata: "Hasil perbincangan hari ini saya yakin perkongsian strategik Vietnam-Singapura akan terus berkembang bagi kepentingan kedua-dua pihak demi keamanan, kestabilan, kemajuan dan pembangunan di rantau ini."



Singapura merupakan rakan dagang keenam terbesar di Vietnam pada 2015 dan pelabur asing ketiga terbesar tahun lepas. Ia merupakan pelabur asing utama Vietnam setakat ini tahun ini.



Perdagangan dua hala mencapai S$19.8 bilion tahun lalu.



Antara perjanjian baru itu ialah kelulusan secara prinsip diberikan kepada UOB oleh State Bank of Vietnam untuk menubuhkan sebuah anak syarikat bank milik asing menjelang Jun 2017.



Meningkatkan akses bank Singapura ke pasaran kewangan Vietnam akan menggalakkan lagi aliran pelaburan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Encik Lee.



Tiga perjanjian lain melibatkan Sembcorp. Sembcorp Development dan Jawatankuasa Rakyat Da Nang Pembangunan bersetuju meneroka kemungkinan membangunkan Taman Sofwe di Da Nang, manakala Sembcorp Utilities akan bekerjasama dengan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam untuk membangunkan loji kuasa Dung Quat di wilayah Quang Ngai, sempena Taman Perindustrian V Vietnam-Singapura.



Usaha sama Sembcorp-Becamex IDC dan Jawatankuasa Rakyat Quang Tri Province bersetuju meneroka membangunkan satu lagi taman perindustrian itu di wilayah Quang Tri.



Kini terdapat tujuh taman industri serupa itu di seluruh negara, dengan yang pertama ditubuhkan pada 1996 di wilayah Binh Duong. Mereka menarik pelaburan bernlai AS$9 bilion ($12.6 bilion) setakat ini dan mempunyai lebih 170,000 pekerja.



Dua perjanjian lain ialah antara Yayasan Antarabangsa Singapura dan Persatuan Persahabatan Vietnam-Singapura untuk bekerjasama dalam menggalakkan inovasi sosial dan keusahawanan, seni dan pertukaran budaya, dan kerjasama sukarelawan, dan antara Keppel Land Vietnam dan State Capital Investment Corporation untuk bekerjasama dalam peluang pelaburan di Vietnam.



Kededua perdana menteri juga membincangkan isu-isu keselamatan dan Laut China Selatan semasa mesyuarat antara delegasi Singapura dan Vietnam.



Encik Lee berkata Singapura dan Vietnam, sebagai anggota Asean, berkongsi kepentingan dalam perintah antarabangsa berasaskan peraturan dalam menyelesaikan isu-isu mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut.



Beliau berkata kedua-dua negara juga berkongsi kepentingan dalam Asean "yang berkaitan dengan rakyat kita dan rakan-rakan luar kita dan juga kebebasan pelayaran di arteri penting perdagangan global di Laut China Selatan".



"Kami bersetuju akan bekerja bersama-sama bagi pelaksanaan penuh dan berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan dan kesimpulan segera Tata laku di Laut China Selatan," katanya.



Encik Phuc berkata kedua-dua negara berkongsi pandangan umum bahawa negara-negara di rantau ini perlu sama-sama bekerja rapat bagi membina Laut China Selatan menjadi rantau yang aman, stabil, aman, selamat dan makmur.



"Kami komited untuk menggesa pihak berkepentingan menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan secara aman atas dasar menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.



Mengenai Asean, beliau berkata adalah penting mengekalkan kerjasama kukuh di kalangan negara-negara Asean "bagi membina Asean yang bersatu, dinamik dan kreatif dan menegakkan keutamaan persatuan itu dalam menangani isu-isu strategik di rantau ini".



Encik Lee berkata beliau berharap menyokong Vietnam sebagai pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) tahun ini dan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec Da Nang pada November.



Encik Lee mengundang Encik Phuc melakukan lawatan balas ke Singapura tidak lama lagi.



Pada pagi Khamis, Encik Lee meletakkan kalungan bunga di Tugu Wira dan Pejuang dan Makam Ho Chi Minh, dan diberi sambutan istiadat di Istana Presiden.



Beliau akan menemui Presiden Vietnam Tran Dai Quang, dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong. Beliau akan juga bertemu Presiden Perhimpunan Kebangsaan Nguyen Thi Kim Ngan. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >