Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60 makmal di hab baru TUV SUD

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT ujian dan pensijilan Jerman TUV SUD semalam merasmikan kemudahan barunya di Taman Perniagaan Antarabangsa di Jurong East.



Majlis perasmian itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Bangunan tujuh tingkat yang menyepadukan pejabat dan kemudahan makmal itu mempunyai keluasan 18,900 meter persegi.



Sebagai pelaburan utama pertama syarikat itu di luar Jerman, kemudahan tersebut akan menyediakan khidmat pemeriksaan, audit, dan pensijilan.



Hab serantau itu juga menempatkan 60 makmal untuk meneroka teknologi sebahagian usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) global syarikat tersebut.



Ketua Pegawai Operasi TUV SUD yang juga anggota lembaga pengurusannya, Encik Ishan Palit, berkata lebih 70 peratus daripda ruang bangunan itu telah diperuntuk bagi kemudahan makmal.



Ruang di pejabat pula mempunyai konsep pejabat terbuka dan meja fleksibel di bawah kebiasaan baru model kerja hibrid, katanya.



Semalam, Encik Heng turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara TUV SUD dan ComfortDelgro Engineering.



Di bawah kerjasama tersebut, dua syarikat itu akan membangunkan sebuah program latihan yang bertujuan meningkatkan kemahiran teknisyen automotif untuk mengendali dengan selamat sistem voltan tingggi dalam kenderaan elektrik dan hibrid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >