Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

60 perniagaan daftar di portal Bazaar-Kita.sg

Sedang bazar Raya masih tidak boleh diadakan secara fizikal tahun ini disebabkan Covid-19, banyak bazar dalam talian diadakan bagi menyemarakkan suasana. Ramai peniaga yang menyertai bazar dalam talian ini dengan menyediakan produk dan khidmat yang menarik untuk pelanggan. BERITA MINGGU akan menampilkan tulang belakang di sebalik bazar itu dan peniaga yang memanfaatkan wadah bazar dalam talian yang sedang berkembang.
Apr 04, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 60 perniagaan telah berdaftar untuk menawarkan produk mereka di bazar dalam talian melalui portal Bazaar-Kita.sg.



Majoriti terdiri daripada peniaga makanan dan minuman dan selebihnya memaparkan produk berbeza termasuk fesyen, kecantikan dan pendidikan, menurut satu kenyataan bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Wisma Geylang Serai (WGS), menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM).



Anjuran WGS dan DPPMS, portal di laman www.bazaar-kita.sg yang beroperasi sejak Khamis lalu bertujuan memaparkan "semua perkara berkenaan Ramadan".



Ia juga bekerjasama dengan wadah e-dagangan, Shopee; wadah pasaran dalam talian bagi makanan milik Muslim atau halal, Bungkus; dan pasar raya dalam talian, GrabMart.



Meskipun bazar fizikal masih belum boleh diadakan, portal itu menawarkan wadah bagi perniagaan dan individu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka, selain membolehkan pelanggan "membelek-belek" pelbagai wadah pada satu masa sedang mereka membuat persiapan bagi Ramadan dan Raya tahun ini.



Orang ramai yang melungsuri portal dalam talian itu akan dapat mengakses wadah e-dagang Shopee dan Bungkus untuk membeli-belah.



Timbalan Presiden DPPMS dan pengerusi Pusat SME@DPPMS, Encik Abu Bakar Md Nor, berkata wadah itu dijangka memberikan peluang baru yang boleh dimanfaatkan peniaga.



"Ia juga akan memberikan pelanggan pengalaman beli-belah yang menyeluruh sepanjang Ramadan.



"Peniaga juga boleh memanfaatkan teknologi serta pelanggan yang menggunakan wadah e-dagang berbeza dan ini boleh membantu mereka menaik taraf serta membangun perniagaan mereka ke arah pendigitalan," katanya.



Pengurus besar WGS, Encik Nur Effendi Esa, berkata: "Dengan bazar fizikal yang tidak boleh diadakan lagi tahun ini, kami komited untuk menawarkan bazar dalam talian demi menyokong perniagaan tempatan dan memberikan pelanggan peluang membeli-belah untuk musim perayaan dengan mudah."



Tambahnya, WGS akan mempromosikan bazar dalam talian itu secara meluas di semua wadah media sosialnya.



Dalam pada itu, pengesahan halal di Bazaar-Kita.sg menyenangkan pemilik perniagaan dan pelanggan kerana ia hanya membenarkan makanan halal untuk ditawarkan.



Latihan dan sokongan 24 jam juga akan diberikan oleh DPPMS, Shopee atau Bungkus untuk menjawab pertanyaan pemilik perniagaan dan membimbing mereka bagaimana mengurus kedai mereka.



Di samping kegiatan membeli-belah, tawaran di Bazaar-Kita.sg turut merangkumi program khas WGS untuk bulan Ramadan dan Raya di Facebook serta Youtube WGS, pautan kepada derma, dan maklumat penting daripada agensi pemerintah relevan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ini adalah tahun kedua Bazar Hari Raya Geylang Serai secara fizikal telah ditiadakan sejak Singapura melaporkan kes pertamanya Covid-19 awal tahun lalu.



Dalam laporan sebelum ini, WGS berkata bazar dalam talian itu bertujuan merai budaya dan warisan masyarakat Melayu/Islam, dengan menawarkan pelbagai pengalaman bagi segenap lapisan warga.



Untuk melungsuri laman itu, pelanggan boleh ke www.bazaar-kita.sg untuk membeli-belah. Penjual yang berminat menyertai bazar itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar e-mel kepada sitirabaah@smcci.org.sg atau nurfarhanahjasni@smcci.org.sg.




"Ia (wadah) juga akan memberikan pelanggan pengalaman beli-belah yang menyeluruh sepanjang Ramadan. Peniaga juga boleh memanfaatkan teknologi serta pelanggan yang menggunakan wadah e-dagang berbeza dan ini boleh membantu mereka menaik taraf serta membangun perniagaan mereka ke arah pendigitalan."
- Encik Abu Bakar Md Nor, Timbalan Presiden DPPMS. 



"Dengan bazar fizikal yang tidak boleh diadakan lagi tahun ini, kami komited untuk menawarkan bazar dalam talian demi menyokong perniagaan tempatan dan memberikan pelanggan peluang membeli-belah untuk musim perayaan dengan mudah."
- Encik Nur Effendi Esa, Pengurus besar WGS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >