Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

60% siswazah institusi pendidikan swasta dapat pekerjaan tetap enam bulan selepas tamat pengajian

Nov 15, 2017 | 03:52 PM



ENAM daripada 10 siswazah Institusi Pendidikan Swasta (PEIs) atau sekitar 60.1 peratus mendapat pekerjaan tetap sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian.



Demikian dapatan terkini Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) bagi PEI yang didedahkan Jawatankuasa Pendidikan Swasta (CPE) sebentar tadi.



Sebanyak 40 PEIs ditinjau di mana 29 mempunyai siswazah yang mengikuti Program Ijazah Luaran (EDP) sepenuh masa.



Berbanding dengan perangkaan daripada universiti berautonomi seperti Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kadar siswazah yang mendapat pekerjaan sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian ialah 79.9 peratus.



Tinjauan itu juga menunjukkan gaji bulanan siswazah PEI yang mendapat pekerjaan tetap ialah $2,550 berbanding dengan $3,325 yang diraih siswazah yang tamat pengajian di AU.



Tinjauan tersebut dijalankan dari Julai hingga September tahun ini dan memberi tumpuan kepada siswazah yang tamat pengajian daripada program EDP sepenuh masa antara Mei 2015 dengan April 2016.



Daripada sekitar 11,000 siswazah yang tamat pengajian semasa tempoh tersebut, 32 peratus telah memberikan respons mereka terhadap tinjauan itu.



Ketua Pengarah (Pendidikan Swasta) daripada SkillsFuture Singapore, Encik Brandon Lee, berkata:



"Tinjauan PEIs ini akan dapat membantu meningkatkan ketelusan maklumat bagi bakal pelajar yang ingin menimbangkan mengikuti program ijazah swasta dan membantu mereka membuat keputusan lebih baik dengan maklumat yang ada tentang langkah peningkatan mereka."



Keputusan penuh tinjauan itu akan dikeluarkan di laman web CPE pada 4 petang ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >