Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

60 tahun mengajar sekolah rendah hingga universiti...

... dan di usia 75 tahun, Dr Kamsiah masih terus jadi guru hingga kini
Sep 05, 2021 | 05:30 AM



Islam mengajar kita untuk bukan hanya menghormati, bahkan memuliakan guru. Agama kita meletakkan nilai yang tinggi kepada seorang guru kerana tugas mereka yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Malah, begitu tinggi martabat guru dalam pandangan Islam sehingga terdapat pelbagai karya ulama terdahulu yang menitikberatkan soal adab terhadap guru. Sempena sambutan Hari Guru, HIDAYAH minggu ini menyelongkar tekad seorang guru veteran untuk terus mendidik anak mudanya. 




SEJAK kecil, Profesor Madya Kamsiah Abdullah mempunyai semangat mengajar orang lain. Daripada mengajar rakan-rakannya cara memasak hingga mengajar jirannya membaca dan menulis, Dr Kamsiah selalu berkongsi pengetahuannya dengan orang lain.



Berjinak-jinak memberi tuisyen ketika di sekolah menengah pula membakar semangatnya untuk menjadi guru.



Memulakan perjalanan itu sebagai seorang guru pelatih pada 1964, Dr Kamsiah, 75 tahun, telah mengajar hampir 60 tahun.



"Saya sebenarnya mendapat inspirasi daripada guru saya semasa bersekolah. Saya rasa agak menarik betapa beliau dapat mengongsi pengetahuannya kepada saya sebagai anak murid.



"Jadi ketika itu, apabila bermain masak-masak bersama kawan-kawan saya, saya akan berpura-pura menjadi guru dan mengajar mereka cara memasak. Jika tidak bersama rakan-rakan saya, selalunya saya akan mengajar adik-beradik saya. Keluarga kami besar.



"Boleh dikatakan daripada situlah tercetus minat saya untuk membuatnya satu kerjaya," cerita anak sulung daripada 17 orang adik-beradik itu.



Bermula dengan mengajar di Sekolah Melayu Kota Raja sebagai guru Sains, beliau kemudian bertukar menjadi guru Bahasa Melayu.



Antara sekolah yang beliau pernah tumpahkan bakti ialah Sekolah Perempuan Tanjong Rhu dan Sekolah Menengah Maju.



Pada 1969, beliau ditugaskan ke Brunei sebagai guru pinjam selama lapan tahun sebelum pulang ke Singapura.



Kini, ibu enam anak itu adalah pensyarah adjung di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan mengajar beberapa modul, seperti penyelidikan dalam bahasa Melayu dan kajian perbandingan bahasa Melayu dan Indonesia.



Meskipun perjalanan kerjayanya sebagai guru agak mencabar, bekas pensyarah di Institut Pendidikan Nasional (NIE) ini berkata beliau menikmati pekerjaannya sepanjang masa, terutama apabila melihat anak didiknya mencapai kecemerlangan.



"Yang memberi saya motivasi ialah apabila saya melihat pelajar saya membesar dengan baik. Ada kini menjadi pensyarah dan ada juga merupakan rakan kerja saya.



"Jadi saya rasa tugas saya sebagai guru bukan satu beban tetapi sesuatu yang memberi saya kepuasan," kata beliau, yang pernah menyumbang khidmatnya selaku pensyarah bersekutu di SUSS dan Institut Nasional bagi Pembangunan Awal Kanak-kanak.



Dr Kamsiah menambah, ia juga memberi beliau peluang menjalankan kajiannya sendiri untuk terus meningkatkan pengetahuannya.



Meskipun sudah bersara pada 2012, pengarah lembaga Syarikat Guru-Guru Melayu Singapura Koperatif ini berkata beliau kekal komited mendidik generasi akan datang.



Berkongsi nasihat bagi guru generasi baru, Dr Kamsiah berharap mereka terus memperkasa minda anak muda.



"Terus mengajar mereka, kerana anda sedang mengajar anak-anak muda generasi akan datang. Ini adalah cara kita menyumbang kepada masyarakat.



"Tidak kiralah dengan pengetahuan atau nilai apa pun, yang penting ialah menyampaikan pengetahuan tersebut," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >