$600 bagi setiap warga berusia 21 tahun dan ke atas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PARLIMEN

$600 bagi setiap warga berusia 21 tahun dan ke atas

Bayaran dipercepat ke bulan ini di bawah Belanjawan Kesepakatan
Apr 07, 2020 | 05:30 AM

SEMUA warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas kini akan menerima $600 - bayaran sekali, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat semalam.

Beliau mengumumkan langkah itu sedang pemerintah mempertingkat bantuan tunai bagi warga Singapura buat kali kedua.

Semasa Belanjawan 2020 Februari lalu, pemerintah mengumumkan bayaran antara $100 dengan $300 bagi setiap warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas, sebagai sebahagian Pakej Jagaan dan Sokongan.

Bulan lalu, jumlah itu ditambah tiga kali lebih tinggi berbanding yang dijanjikan sebelum ini - kepada antara $300 dengan $900 - dijadual diberikan antara Ogos dengan September.

Semalam, Encik Heng yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa $300 daripada bayaran itu akan diberikan kepada warga lebih awal, iaitu bulan ini.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bersama jumlah $300 lagi, bayaran $600 secara keseluruhan itu dinamakan Bayaran Pakej Kesepakatan.

Encik Heng berkata bantuan tambahan yang diumumkan semalam itu berjumlah $1.1 bilion.

Ini bermakna bagi kebanyakan warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas yang telah memberi butiran akaun bank mereka kepada pemerintah, mereka akan menerima Bayaran Pakej Kesepakatan sebanyak $600 itu di dalam akaun bank mereka menjelang 14 April.

Sementara itu, yang lain akan mendapat bayaran menerusi cek mulai 30 April.

Mereka yang layak mendapat lebih banyak bantuan - sebanyak $300 atau $600 lagi, bergantung pada pendapatan - di bawah Pakej Jagaan dan Sokongan akan mendapat baki bayaran mereka itu Jun nanti.

Bayaran sebanyak $300 yang diberikan pemerintah kepada ibu bapa yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 20 tahun dan ke bawah serta tokokan Kad PAssion $100 tunai bagi warga Singapura berusia 50 tahun dan ke atas juga akan diberi lebih awal, iaitu Jun ini dan bukan Ogos tahun ini.

Namun, Encik Heng berkata tidak semua orang memerlukan bantuan tunai itu.

"Saya amat terdorong ramai orang telah memberitahu saya serta rakan menteri dan Anggota Parlimen bahawa mereka tidak memerlukan bantuan tunai itu dan menyarankan supaya kami memberi wang itu kepada golongan lebih memerlukannya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura bagi menunjukkan sikap bertimbang rasa," ujarnya.

Encik Heng turut menggesa mereka yang mampu supaya menderma kepada badan amal di laman web Giving.sg, Dana Keberanian Dana Masyarakat atau berkongsinya dengan orang lain secara langsung.

Sementara itu, mereka yang masih memerlukan bantuan boleh menghubungi pejabat khidmat sosial dan kelab masyarakat untuk memohon bagi skim baru seperti Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF), Geran Bantuan Covid-19 akan datang serta skim ComCare yang sedia ada.

Encik Heng turut menggesa warga Singapura supaya memberi sokongan emosi dan kesihatan mental sesama mereka.

Dengan kebanyakan tempat kerja dan sekolah ditutup mulai minggu ini ekoran langkah 'pemutus litar' yang baru, khidmat bantuan kesihatan mental masyarakat Singapura akan terus menawarkan khidmat jagaan dan bantuan menerusi telefon atau lawatan ke rumah bagi mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan pada masa sukar ini.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga telah mengumumkan talian 'hotline' National Care untuk membantu sesiapa yang menghadapi tekanan atau bimbang dek pandemik Covid-19 sekarang.

"Pada saat ini, saya rasa senang terdapat karyawan kesihatan mental dan relawan terlatih yang tampil membantu menubuhkan talian baru itu," kata Encik Heng.


SENARAI BANTUAN

APRIL 2020

Bayaran Pakej Kesepakatan bagi semua warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas: $600

JUN 2020

Bayaran lain yang diumum semasa Belanjawan Berdaya Tahan yang dibentangkan pada 26 Mac kekal sama bagi warga Singapura yang layak

  • Bayaran $300 atau $600, bergantung pada pendapatan, di bawah Pakej Jagaan dan Sokongan
  • Bayaran tunai $300 bagi setiap ibu bapa warga Singapura dengan sekurang-kurangnya seorang anak warga Singapura berumur 20 tahun dan ke bawah
  • Semua warga Singapura berusia 50 tahun dan ke atas akan dapat tokokan Kad PAssion $100 tunai
  • Bantuan tunai sehingga $1,600 bagi setiap individu pada 2020

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map