Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

600 benefisiari terima zakat, habuan dari Darul Arqam

Keseluruhannya $183,000 diagih tahun ini - peningkatan dari $120,000 yang dihulurkan tahun lalu
Apr 25, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 600 orang telah menerima agihan hasil zakat, fidyah dan habuan dari Darul Arqam berjumlah $183,000 semalam pagi di majlis yang diadakan di luar premis Darul Arqam di 32 Onan Road.



Jumlah ini adalah satu peningkatan berbanding $120,000 yang dihulurkan tahun lalu.



Majlis tahunan ini adalah sebahagian daripada program Fakir Miskin Darul Arqam (Miskin & Memerlukan).



Setiap Ramadan, Darul Arqam menyalurkan zakat dan fidyah untuk membantu golongan fakir dan miskin sepanjang bulan puasa dan untuk persiapan mereka menyambut Aidilfitri yang menjelang.



Turut hadir di acara itu adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman.



"Ini adalah satu acara yang penting bukan sahaja bagi benefisiari zakat tapi juga memberi petanda kepada Singapura bahawa kami sedang menuju ke arah biasa seperti sebelum pandemik.



"Saya juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang belum memberi zakat agar berikan zakat kepada badan yang memerlukan di mana kita dapat membantu (golongan) fakir miskin. Kami bukan sahaja dapat membantu mereka yang mengalami kesempitan wang tetapi juga memberi mereka motivasi," ujar Encik Fahmi.



Sekitar 90 peratus penerima adalah daripada golongan berpendapatan rendah. Bakinya termasuk pesakit dengan penyakit kronik serta warga emas.



Timbalan presiden Darul Arqam, Encik Adam Foo, menjelaskan bahawa walaupun mereka yang hadir adalah benefisiari, ia tidak bermakna mereka akan menjadi benefisiari secara berterusan.



"Walaupun anda benefisiari kami, kami perlukan bantuan anda. Apabila orang membayar zakat kepada kami, ia adalah satu amanah yang diberikan dan mengikut hukum.



"Dengan amanah ini kami menghulurkannya kepada benefisiari dan ia juga adalah barakah daripada Allah untuk anda.



"Tidak semestinya anda benefisiari tahun ini, anda juga benefisiari tahun seterusnya. Mungkin dengan barakah Allah, anda akan menjadi pemberi zakat dan zakat anda dapat membantu orang lain pula," kata Encik Foo dalam ucapannya di acara itu.



Setiap benefisiari menerima wang tunai sebanyak $200 dan baucar runcit pasar raya NTUC sebanyak $80 sebagai fidyah.



Habuan yang diterima pula bernilai $25 yang mengandungi dua aneka kuih, sos rendang, ketupat kecil Adabi dan sekotak kurma.



Antara lain, Darul Arqam juga telah melancarkan Projek Ansar kelmarin - inisiatif yang diharap dapat menyokong saudara Islam yang baru.



Darul Arqam akan bekerjasama dengan 100 saudara Islam yang baru tahun ini dalam membantu mereka menghadapi sebarang cabaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >