Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

600 keluarga terima daging korban agihan Darul Arqam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

600 keluarga terima daging korban agihan Darul Arqam

Aug 01, 2022 | 05:30 AM

SEBANYAK 600 keluarga menerima daging korban yang diagihkan Darul Arqam pagi semalam.

Di acara tersebut, sebanyak 1,200 kilogram daging telah diagihkan oleh sukarelawan Darul Arqam yang terdiri daripada 60 pemandu kereta dan van.

Melancarkan acara tersebut semalam adalah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Presiden Darul Arqam, Encik Adam Foo berkata:

"Apa yang kami ingin lakukan adalah meningkatkan pengetahuan tentang ibadah korban di kalangan mualaf.

"Ada di antara mereka tidak tahu bahawa mereka boleh menunaikan ibadah korban atau menerima daging korban.''

Encik Foo menambah acara seperti ini turut memberi peluang bagi mualaf di sini menyumbang kepada masyarakat.

Seawal 8.30 pagi semalam, sukarelawan Darul Arqam berkumpul untuk membungkus daging korban yang ditaja oleh Hezom International.

Antara mereka yang menerima daging ini adalah fakir miskin, mualaf, warga emas serta beberapa pekerja migran dari Malaysia.

Turut hadir di acara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Semasa pandemik Covid-19, Darul Arqam telah melakukan pelbagai usaha untuk menyokong pekerja migran melalui pengagihan makanan.

Menghargai usaha ini Dr Azfar berkata antara isu yang diketengahkan kepada beliau semasa baru menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya adalah warga Malaysia yang terjejas kerana sekatan sempadan akibat Covid-19.

"Warga Malaysia di sini telah berusaha untuk membantu antara satu sama lain semasa tempoh ini selain daripada menerima sokongan daripada Pesuruhanjaya Tinggi," katanya.

"Selain itu terdapat ramai juga yang tampil untuk menyokong warga negara kami dan saya amat menghargai usaha itu," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3