Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6,000 amaran dikeluarkan Dis bagi penunggang e-skuter di laluan pejalan kaki

Dec 31, 2019 | 05:15 PM



LEBIH 6,000 amaran dikeluarkan kepada penunggang e-skuter yang ditangkap menunggang di laluan pejalan kaki pada Disember lalu. 

Jumlah tersebut dua kali ganda berbanding bulan lalu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat hari ini.

Perangkaan tersebut dikeluarkan sehari sebelum dasar sifar toleransi untuk kesalahan tersebut dikuat kuasa.

Mulai esok, sesiapa yang didapati menunggang di laluan pejalan kaki boleh disaman sehingga $2,000, dipenjara sehingga tiga bulan, atau kededuanya sekali. 

Dalam respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, LTA berkata ia akan meningkatkan rondaan di seluruh Singapura dan memastikan penguatkuasaan undang-undang yang tegas. 

“CCTV (televisyen litar tertutup) bergerak kami akan terus dikerah di beberapa lokasi untuk membantu usaha penguatkuasaan. 

“Tambahan lagi, kami juga menerima laporan tentang penunggang PMD daripada orang ramai melalui aplikasi MyTransport.SG,” tambahnya. 

Peraturan yang lebih ketat itu menyusuli beberapa kemalangan e-skuter di Singapura, termasuk kes melibatkan seorang penunggang basikal berusia 65 tahun yang terkorban dan beberapa pejalan kaki lain cedera. 

E-skuter masih boleh digunakan di rangkaian laluan berbasikal sepanjang 440 kilometer.

Pemerintah merancang meluaskan lagi laluan tersebut sebanyak tiga kali ganda pada 2030. 

LTA turut menambah bahawa jumlah e-skuter yang berdaftar di Singapura kini lebih 75,000, jatuh 25 peratus berbanding November lalu. 

Sebuah skim yang bertujuan memastikan pemilik dapat membuang e-skuter yang tidak mempunyai pensijilan keselamatan, telah menyebabkan jumlah itu berkurangan. 

Skim tersebut, yang memberi pemilik skuter $100 jika mereka menukar e-skuter mereka telah mendapat sambutan baik selepas larangan e-skuter di laluan pejalan kaki bermula.

Ia berakhir semalam, tetapi pemilik masih dapat membuang alat mereka secara percuma di kawasan pembuangan yang ditetapkan hingga akhir bulan Mac ini.

LTA berkata: “Hingga 31 Disember, kami telah menerima hampir 30,000 permohonan daripada pemilik untuk membuang e-skuter berdaftar mereka.

“Pemilik digalakkan membuang alat tidak bersijil UL2272 mereka awal untuk melindungi diri mereka dan jiran mereka daripada risiko kebakaran yang tidak perlu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >