Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6,000 flat BTO akan dilancar di tapak Keppel Club dalam 3 tahun

Desmond: Estet akan punyai 4 kawasan hijau, sebahagian pelan jangka panjang bagi Greater Southern Waterfront
Apr 13, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 6,000 unit flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak Keppel Club, yang kini sebuah padang golf, dengan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang pertama akan dilancar dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Estet HDB itu akan mempunyai empat kawasan hijau utama yang akan berperanan sebagai habitat dan penghubung ekologi antara Southern Ridges dengan Hutan Simpanan Labrador, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang mengumumkan rancangan pembangunan itu semalam.



Pembangunan flat tersebut adalah sebahagian daripada pelan transformasi jangka panjang bagi Greater Southern Waterfront yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada 2019.



Apabila siap dibangunkan sepenuhnya kelak, tapak pembangunan di Keppel seluas 48 hektar itu akan mempunyai lebih 9,000 unit rumah baru, meliputi 6,000 unit perumahan awam dan 3,000 unit perumahan privet.



Hampir 10 hektar, atau sekitar 20 peratus daripada kawasan tapak itu, akan dikhususkan bagi membentuk empat kawasan hijau utama tersebut, yang akan menjadi kawasan riadah bagi penduduk dan menyediakan sekitaran sesuai bagi tanam-tanaman.



Tapak Keppel Club itu akan dibangunkan semula bagi penggunaan kediaman selepas tempoh pajakannya tamat.



Memberi kenyataan melalui Zoom semalam, Encik Desmond Lee berkata tapak di Keppel Club itu akan dibangunkan semula demi memenuhi permintaan bagi perumahan yang semakin meningkat.



Encik Lee berkata perumahan di tapak Keppel Club itu akan menawarkan kehidupan persisiran unik yang berhampiran alam semula jadi.



Tapak di Keppel itu bersempadan dengan Jalan Telok Blangah, Berlayer Creek dan Bukit Chermin. Ia terletak berhampiran Hutan Simpanan Labrador dan Southern Ridges, yang merangkumi Taman Mount Faber, Taman Telok Blangah Hill dan Taman Kent Ridge.



"Oleh sebab lokasinya di kawasan pusat dan adanya stesen MRT Telok Blangah dan Taman Labrador yang berhampiran, kami berusaha memastikan estet perumahan itu menjadi tempat yang kurang menggunakan kereta, dan membolehkan penduduk berjalan dan berbasikal dengan mudah,'' kata Encik Lee.



Taman baru dan ruang terbuka dengan laluan berjalan yang dihubung stesen MRT, juga akan dibina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >