Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6,000 karton rokok tidak bayar cukai dirampas, lima diberkas

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



LIMA orang telah diberkas atas kesalahan melibatkan rokok tidak dibayar cukai, menurut Kastam Singapura semalam.



Mereka merangkumi seorang wanita dan seorang lelaki warga Malaysia dan tiga lelaki warga Singapura berusia antara 21 dan 54 tahun. Mereka diberkas sewaktu operasi di bangunan perindustrian Woodlands Industrial Park pada 2 September.



Dalam operasi itu, lebih 6,000 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan duti yang dielak berjumlah sekitar $557,920.



Pegawai Kastam Singapura telah memerhatikan kotak-kotak yang dipunggah dari trak yang berdaftar di Singapura di kawasan punggahan bangunan itu.



Mengesyaki kotak-kotak itu mengandungi barangan terlarang, pegawai Kastam Singapura menyerbu trak itu dan menemui 1,120 karton rokok tidak dibayar cukai.



Tiga lelaki warga Singapura seorang wanita warga Malaysia ditahan.



Menyusuli serbuan itu, kawasan berhampiran juga diperiksa dan Kastam Singapura menemui lagi 4,928 karton rokok tidak dibayar cukai dalam trak besar yang didaftar di Singapura.



Pesalah kelima yang ditahan adalah pemandu lori trak besar berdaftar Malaysia yang disyaki menghantar karton-karton rokok itu ke bangunan perindustrian.



Dia diberkas di Pusat Pemeriksaan Tuas ketika cuba meninggalkan Singapura.



Secara keseluruhan, 6,048 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas, di samping dua trak berdaftar Singapura dan satu trak berdaftar Malaysia.



Duti dan GST yang dielak berjumlah sekitar $516,490 dan $41,43 secara asingan.



Penolong Ketua Pengarah Risikan dan Penyiasatan Kastam Singapura Yeo Sew Meng berkata:



"Kami ingin mendapatkan kerjasama pemilik premis industri untuk berwaspada terhadap orang dan aktiviti yang mencurigakan untuk mengelakkan premis mereka disalahgunakan."



Kastam Singapura juga berkata membeli, menjual, mengirim, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang tidak dibayar duti adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, dipenjara hingga enam tahun, atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dirampas.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan GST atau duti boleh menghubungi talian Kastam Singapura di 1800-233-0000, mengirim e-mel ke customs_intelligence-@customs.gov.sg atau menggunakan aplikasi mudah alih Customs@-SG untuk melaporkan kegiatan terlarang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >