Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

600,000 baucar pengangkutan awam bakal disediakan

Baucar bernilai $30 bakal diterima isi rumah dengan pendapatan tidak lebih $1,600 setiap seorang
Nov 04, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai isi rumah akan layak menerima baucar pengangkutan awam (PTV) tahun ini dengan sejumlah rekod 600,000 baucar bakal disediakan, sedang kriteria kelayakannya dilonggarkan.



Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi $1,600 setiap seorang akan layak menerima baucar, berbanding $1,200 yang ditetapkan dua tahun lalu.



Ini untuk membantu penduduk mengatasi kenaikan tambang pengangkutan awam yang berkuat kuasa mulai 26 Disember ini.



Sebanyak 600,000 PTV bernilai $30 setiap baucar akan disediakan bagi golongan tersebut untuk menambah nilai kad pengangkutan awam mereka atau untuk membeli pas konsesi bulanan.



Bilangan itu adalah yang tertinggi diperuntukkan sejauh ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan bersama.



Untuk memudahkan proses permohonan bagi mendapatkan baucar itu, MOT dan PA berkata pengagihan baucar itu akan dijalankan menerusi tiga peringkat.



Di peringkat pertama, isi rumah yang telah menerima baucar itu pada 2019 tidak perlu memohon untuk mendapatkannya lagi dan akan menerima satu surat notifikasi mengenai pengagihan baucar itu secara automatik menerusi pos.



Namun, di peringkat selanjutnya, mereka yang memenuhi kriteria pendapatan baru itu tetapi tidak menerima baucar berkenaan pada peringkat pertama boleh memohon untuk mendapatkannya secara dalam talian tahun depan.



Di peringkat ketiga, isi rumah yang memenuhi kriteria baru itu tetapi lebih selesa memohon secara fizikal atau memerlukan bantuan tambahan boleh memohon untuk mendapatkan baucar PTV itu menerusi Balai Rakyat atau Kelab Masyarakat tempatan.



"Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) akan menilai permohonan mereka itu," menurut kenyataan bersama itu.



"Butiran mengenai permohonan bagi peringkat kedua dan ketiga akan diumumkan kelak."



Semalam, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah mengumumkan bahawa setiap penumpang yang membayar tambang pengangkutan awam menerusi kad dijangka membayar tambahan 1 hingga 4 sen setiap perjalanan mulai 26 Disember.



Pemegang kad dewasa akan diperlukan membayar lagi 3 sen untuk setiap perjalanan tidak melebihi 14.2 kilometer dan empat sen bagi perjalanan melebihi jarak itu.



Namun bagi semua pemegang kad konsesi termasuk pelajar, warga emas, golongan kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah di bawah skim kad konsesi Daya Kerja hanya perlu bayar tambahan 1 sen sahaja buat setiap perjalanan.



Menyusuli pengagihan baucar itu, Encik Richard Magnus, pengerusi PTC, berkata pengagihan baucar kali ini adalah yang paling besar dari segi jumlah untuk membantu lebih ramai penduduk mengtasi kenaikan tambang tersebut, lebih-lebih lagi semasa pandemik ini.



Berbanding sebelum ini, pemerintah telah menyediakan 450,000 baucar bernilai $50 setiap baucar yang dilancarkan pada November 2019 dan tempoh permohonan telah dilanjutkan sehingga Januari lalu.



Dalam kenyatannya semalam, MOT menegaskan pemerintah komited membantu penumpang menyesuaikan diri dengan perubahan tambang itu.



"Pemerintah telah membelanjakan hampir $1 bilion untuk memperbaharui dan mempertingkat aset operasi rel dan lagi $1 bilion untuk memberi subsidi bagi perkhidmatan bas awam setiap tahun.



"Ini bermakna subsidi bernilai lebih $1 diberi kepada setiap perjalanan yang dibuat menerusi pengangkutan awam," kata MOT.



INFOGRAFIK: KENAIKAN TAMBANG MULAI 26 DISEMBER




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >