Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

62,000 e-mel akaun khidmat pelanggan Certis diceroboh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

62,000 e-mel akaun khidmat pelanggan Certis diceroboh

Apr 09, 2021 | 10:55 PM

SEKITAR 62,000 e-mel daripada orang ramai, perniagaan dan pelanggan firma keselamatan setempat Certis, termasuk segelintir yang mengandungi NRIC dan nombor kad kredit, mungkin telah diakses oleh penjenayah siber, kata syarikat itu pada Jumaat (9 April).

Ini termasuk pelanggan perkhidmatan peti simpanan Certis. E-mel itu semuanya datang daripada akaun perkhidmatan pelanggan milik syarikat itu, customerservice@certisgroup.com.

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi berkata ia sedang menyiasat perkara itu.

Kejadian tersebut merupakan pencerobohan data kedua yang dilaporkan dalam seminggu, lapor The Straits Times.

Pada Isnin, dilaporkan bahawa data peribadi sekitar 30,000 orang yang menggunakan perkhidmatan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mungkin terdedah kepada penggodam.

Sebelum itu, peruncit perabot tempatan Vhive berkata pelayannya (server) telah digodam pada 23 Mac. Ini menyebabkan butiran peribadi pelanggan dibocorkan dalam talian.

Certis pada Jumaat berkata ia telah mula mengimbas semua e-mel untuk memeriksa jika ada data peribadi yang mungkin terdedah kepada penjahat. Daripada yang telah diperiksa setakat ini, 1.2 peratus mengandungi maklumat seperti nombor kad kredit dan NRIC.

Syarikat itu berkata pihaknya diberitahu tentang kejadian tersebut setelah beberapa orang menerima e-mel pancingan data daripada akaun e-mel yang barangkali dari Certis. E-mel itu dihantar antara 16 dengan 17 Mac.

Walaupun e-mel itu diakses oleh penggodam, pangkalan data pelanggan Certis, yang disimpan di tempat lain, tidak terjejas.

"Pasukan IT kami segera melakukan siasatan, dan kami dapat membuat kesimpulan bahawa ini adalah kejadian terpencil," kata Certis dalam satu kenyataan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3