Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

65% banduan Islam sertai khidmat agama Fitrah

Jul 06, 2021 | 11:56 AM



SEKITAR 65 peratus banduan Islam menyertai khidmat agama dalam penjara di bawah program Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) secara sukarela, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Kurikulum agama disesuaikan di bawah program itu memupuk nilai-nilai positif dan mempersiapkan bekas pesalah bagi kehidupan selepas bebas dari penjara, dan disampaikan kaunselor agama menerusi sesi kaunseling dan khutbah solat Jumaat.



Dalam pada itu, program itu telah memudahkan 611 rujukan untuk membantu keluarga banduan dan bekas pesalah mendapatkan sokongan pekerjaan, bantuan kewangan dan sosial, khidmat pendamping dan juga pembelajaran Islam sejak ia diperkenalkan pada 2019.



Ini termasuk rujukan daripada lawatan ke rumah yang dilakukan pendamping masyarakat Fitrah dan relawan Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP), yang mana mereka menilai pelbagai keperluan keluarga tersebut.



Benefisiari tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Khidmat Sosial, Pusat Khidmat Keluarga, dan juga agensi M³ bagi bantuan lanjut.



Encik Masagos memberi butiran itu dalam jawapan bertulisnya di Parlimen bagi soalan berkenaan program Fitrah yang diajukan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) pada Isnin (5 Julai).



Program itu juga telah berjaya merekrut 314 pendamping masyarakat, dengan 246 daripada mereka secara aktif dikerahkan untuk menyediakan sokongan emosi kepada bekas pesalah dan keluarga mereka sedang mereka kembali ke pangkuan masyarakat.



“Fitrah akan terus bekerjasama dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan M³@Bandar untuk meningkatkan kesedaran tentang program pendamping masyarakat untuk memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga layak,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >