Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

650 permit berkhemah di pantai sudah dilulus

460 permit pit barbeku di serata taman turut dilulus sejak kegiatan perkhemahan dibenarkan mulai 20 Jan
Jan 25, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 650 permit perkhemahan dan 460 permit pit barbeku di serata taman setempat telah diluluskan dari 20 Januari hingga 19 Mac tahun ini, kata Lembaga Taman Negara (NParks) Jumaat lalu.



Permit perkhemahan tersebut adalah bagi kawasan perkhemahan di Changi Beach Park, East Coast Park, Pasir Ris Park, Sembawang Park dan West Coast Park.



Manakala permit pit barbeku itu diluluskan bagi penggunaan pit barbeku di Labrador Park, Changi Beach Park, East Coast Park, Pasir Ris Park, Sembawang Park dan West Coast Park.



Demikian didedahkan pengarah kumpulan, Taman NParks, Cik Sophianne Araib, dalam satu kenyataan sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menerusi e-mel.



Beliau menambah sekitar 180 permit perkhemahan dan 102 permit pit barbeku telah diluluskan di serata taman setempat antara Jumaat lalu hingga semalam.



Ini merupakan hujung minggu yang pertama sejak pihak berkuasa membuka semula penggunaan pit barbeku dan taman setempat untuk kegiatan perkhemahan sejak 20 Januari lalu.



Permohonan permit bagi kededua kegiatan tersebut telah dimulakan sejak 13 Januari.



Ketika ditinjau BH petang semalam, Encik Mazlan Omar, 30 tahun yang berada di Pasir Ris Park bersama keluarganya setelah berkhemah sejak kelmarin berkata beliau sambut baik langkah pembukaan semula ini.



Namun beliau memerhatikan bahawa terdapat beberapa pengguna pit barbeku berhimpun beramai-ramai.



"Sudah hampir setahun kita tak dapat lakukan kegiatan seperti ini dan saya kira ini sesuatu kegiatan yang baik untuk keluarga dan anak.



"Namun penting kita mematuhi langkah jarak selamat dan peraturan yang ditetapkan dalam permit kerana kita tak mahu pula kegiatan seperti ini jadi punca jangkitan Covid-19," katanya lagi ketika ditemui.



Cik Sophianne berkata pembukaan semula kawasan perkhemahan dan pit barbeku ini sejajar dengan makluman terkini Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19.



NParks telah membuka semula 50 peratus kawasan perkhemahan dan pit barbeku sebagai sebahagian daripada langkah pembukaan semula kegiatan berkenaan.



"Bagi kegiatan perkhemahan, setiap khemah perlu diasingkan sejauh lima meter bagi mematuhi langkah jarak selamat."



Sejumlah enam orang sahaja dibolehkan berkhemah di bawah setiap permit iaitu had jumlah yang dibolehkan untuk berkhemah bersama sebelum keadaan pandemik, katanya lagi.



Bagi tempahan pit barbeku pula, had jumlah perhimpunan adalah lapan orang setiap pit barbeku, sejajar dengan langkah semasa pada Fasa Tiga.



"Permit barbeku itu hanya sah dari 12 tengah hari hingga 10.30 malam, turut sejajar dengan garis panduan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) bagi premis Makanan dan Minuman (F&B)," kata Cik Sophianne.



Kenyataan NParks itu menekankan setiap peserta perlu mematuhi langkah pengurusan selamat seperti memakai pelitup kecuali semasa melakukan senaman atau sedang makan, minum atau makan ubat.



Mereka juga perlu mematuhi langkah jarak selamat sejauh satu meter antara setiap pengunjung dan mereka tidak dibenarkan berinteraksi antara kumpulan.



Selain itu, Cik Sophianne berkata kakitangan NParks bersama dengan Duta Jarak Selamat akan meronda taman setempat secara kerap, termasuk melaksanakan pemeriksaan di kawasan perkhemahan dan pit barbeku.



Laporan lanjut: Kini dapat ubati rindu berkhemah dan santai di tepi pantai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >