Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6,500 pelajar dan kakitangan di Politeknik Singapura jalani ujian Covid-19 mulai 19 Mei

May 19, 2021 | 01:11 PM



SEKITAR 6,500 pelajar, kakitangan dan penjual di Politeknik Singapura (SP) akan menjalani ujian Covid-19 mulai Rabu (19 Mei) setelah tiga pelajar sebelum ini disahkan positif virus itu.


Buat masa ini belum ada bukti yang menunjukkan kes-kes itu, yang dilaporkan pada Ahad dan Isnin, berkaitan, kata SP dalam satu kenyataan.


"Namun, memandangkan tiga kes positif itu, serta lokasi dan jarak dekat sekolah mereka dalam kampus SP, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memutuskan untuk mengambil langkah pencegahan tambahan untuk mengurangkan risiko penularan dalam kampus kami," katanya.


Kementerian itu mengutamakan beberapa kumpulan untuk diuji - sekitar 6,500 pelajar, kakitangan dan penjual di gerai makanan dari lima sekolah di SP yang berada di kampus pada atau selepas 29 April.


Sekolah-sekolah itu termasuk Sekolah Pengkomputeran, Sekolah Media, Seni & Reka Bentuk, Sekolah Perniagaan dan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal & Penerbangan.


Hanya pelajar yang mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) dan program dari Sekolah Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik perlu diuji buat masa ini.


Ujian itu, yang dijangka berlangsung selama beberapa hari, akan dijalankan di Sports Arena di Kampus Dover Road SP, kata sekolah itu.


Semua individu yang terjejas akan dimaklumkan oleh MOH melalui SMS mengenai perincian ujian swab mereka.


MOH berkata ia akan mempertimbangkan tahap risiko keseluruhan selepas segmen pertama ujian itu selesai, sebelum memutuskan sama ada baki masyarakat SP harus diuji.


Politeknik itu mempunyai lebih 14,000 pelajar dan kakitangan.

 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >