66% guna telefon pintar rakam gambar atau video
Fotografi melalui telefon bijak kini pantas mengambil alih seni merakam gambar, lebih daripada penggunaan kamera digital single-lens reflex (DSLR) profesional. Walaupun lebih ketara, adakah ini bermaksud bahawa fotografi telefon bijak lebih dominan dibanding kamera profesional? Dua pakar seni fotografi dan wakil Samsung Singapura memberi pandangan mereka. RAUZAH SHAMSURI (srauzah@sph.com.sg) melaporkan.
Jul 04, 2016 | 05:30 AM
KAJIAN dari InfoTrends memberi anggaran bahawa gambar yang akan diambil secara keseluruhan menjelang tahun 2017 adalah 1.3 trilion.
Berdasarkan Tinjauan Barometer Pelanggan 2014/15 oleh Google pula, 66 peratus menggunakan telefon pintar bagi merakam gambar atau video setiap hari, berbanding memasang jam loceng (61 peratus) dan menyemak waktu (54 peratus).