Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMAKAN TAHUN 2021 SKILLSFUTURE SG

660,000 raih manfaat SkillsFuture

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 660,000 individu meraih manfaat daripada inisiatif peningkatan kemahiran yang disokong SkillsFuture Singapura (SSG) tahun lalu.



Ini lebih tinggi berbanding 540,000 pada 2020 dan merupakan angka tertinggi dalam setahun sejak SkillsFuture dilancarkan pada 2015.



Gerakan nasional itu diperkenalkan sekitar tujuh tahun lalu dengan tujuan membina sebuah budaya pembangunan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat di Singapura.



Lebih 247,000 warga Singapura menggunakan Kredit SkillsFuture mereka tahun lalu untuk membiayai yuran kursus latihan yang disertai, naik daripada 188,000 warga Singapura pada 2020.



Ini termasuk kursus berkaitan teknologi maklumat (IT), penjagaan kesihatan dan khidmat profesional yang mendapat permintaan tinggi dan membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik, kata SSG.



Dalam pada itu, jumlah perusahaan yang menyertai program disokong SSG juga meningkat kepada 24,000 perusahaan tahun lalu daripada 14,000 perusahaan pada 2020.



Ini sedang SSG meneruskan daya usaha di bawah Tahap SkillsFuture yang Seterusnya di tengah-tengah melaksanakan langkah-langkah bantuan Covid-19.



Tahun lalu, SSG telah melanjutkan tempoh beberapa langkah bantuan Covid-19 demi membantu individu dan perusahaan bangkit lebih kukuh daripada pandemik ini dan mempersiapkan diri mereka bagi ekonomi masa depan.



Antaranya, lebih 12,000 peluang latihan di bawah Program Kemahiran SGUnited dan Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited - Latihan Syarikat diisi peserta tahun lalu.



Dua program itu, yang merupakan sebahagian daripada Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited, telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.



Dalam satu sidang media semalam, Ketua Eksekutif SSG, Encik Tan Kok Yam, berkata SSG mahu terus memperkukuh momentum yang sudah dibina, dengan tumpuan akan diberikan kepada industri, perusahaan dan penyedia latihan.



"Kami mahu bekerja rapat dengan mereka dan mempertingkat mutu dan kerelevanan pembelajaran orang dewasa. Ketiga-tiganya penting bagi ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.



"Ia akan menjadi sebuah ekosistem yang bertahan lama di mana terdapat pengiktirafan umum bagi kemahiran," kata beliau.



Encik Tan menambah bahawa SSG juga akan melakukan lebih banyak usaha dalam bidang kemahiran untuk ekonomi masa depan.



"Kami telah mengambil langkah kecil ke hadapan dengan Laporan Permintaan Kemahiran bagi Ekonomi Masa Depan sulung kami, yang mengetengahkan kemahiran utama dalam tiga bidang pertumbuhan - ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi penjagaan.



"Ia akan membantu industri mengetahui apakah kemahiran yang diperlukan dan penyedia latihan mengetahui apakah kemahiran untuk disediakan bagi latihan," tambah beliau.



Tahun lalu, lebih 30,000 individu mengambil bahagian dalam kursus di bawah Siri SkillsFuture, yang membolehkan peserta meraih kemahiran utama dan baru dalam bidang seperti analitik data dan khidmat yang didorong teknologi.



Selain itu, sekitar 650 syarikat dan hampir 1,700 individu menyertai program-program Bekerja dan Belajar SkillsFuture tahun lalu.



Peserta di bawah program tersebut berpeluang menimba pengalaman bekerja dan industri dalam sektor yang dilatih, sementara mendapat kelayakan yang diiktiraf industri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >