Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

690 famili lagi dapat daging korban dari Jamiyah

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 690 keluarga berpendapatan rendah di lima kawasan undi menerima dua kilogram daging korban setiap satu hujung minggu lalu, sebagai sebahagian agihan daging korban tahunan Jamiyah Singapura.



Ia adalah sumbangan mereka yang melaksana ibadah korban bersama Jamiyah tahun ini.



Agihan Sabtu lalu adalah yang ke-12 hingga ke-17 sejak ia dimulakan pada 31 Julai.



Pada hari itu, agihan dijalankan di Yishun Street 11 untuk 200 keluarga GRC Nee Soon; di Jalan Bukit Merah bagi 77 keluarga di SMC Radin Mas; dan di Toa Payoh Lorong 1 untuk 150 keluarga GRC Choa Chu Kang.



Daging korban juga diagihkan kepada 150 penduduk GRC Bishan-Toa Payoh hari itu.



Agihan dijalankan dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA) dan pelbagai kelab masyarakat.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, tetamu terhormat di agihan di Toa Payoh Lorong 1.



"Penduduk kami sungguh gembira dan berterima kasih kepada Jamiyah bagi pemberian ini," kata beliau.



"Sumbangan daging ini adalah satu idea baik kerana ia dapat menguatkan badan, dan semoga ia dapat membantu mereka mengatasi masa yang mencabar ini."



Salah seorang penerima ialah penduduk Bukit Batok East, Cik Marfuah Audre, 80 tahun.



"Saya datang mengambil daging ini untuk saya dan cucu. Saya berterima kasih dapat daging ini, rezeki kami. Alhamdulillah," ujar beliau.



Agihan diteruskan kelmarin di Kelab Masyarakat Yuhua untuk 150 keluarga, Toa Payoh Lorong 7 bag 70 keluarga dan di Jalan Besar CC untuk 45 keluarga.



Tahun ini, Jamiyah akan mengagihkan daging korban kepada sekitar 4,200 keluarga di 17 kawasan undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >