Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 dalam 10 warga SG guna kandungan SPH

sph
Sep 03, 2021 | 05:30 AM



TUJUH dalam 10 warga Singapura menggunakan satu atau lebih jenis kandungan rentas wadah Singapore Press Holdings (SPH) - cetak, digital, radio atau majalah - setiap minggu, dengan sebilangan besar bersedia membayar untuk mengakses kandungan itu.



Tawaran berita rentas cetak, laman web, e-akhbar dan aplikasi SPH dibaca setiap minggu oleh lebih tiga dalam lima orang penduduk (64 peratus), yang ditakrifkan sebagai mereka yang berusia 15 tahun dan ke atas.



The Straits Times menikmati jangkauan mingguan tertinggi (44 peratus), diikuti Lianhe Zaobao (17 peratus) dan The Business Times (11 peratus).



Itu adalah dapatan utama syarikat penyelidikan GfK, sebagai sebahagian daripada satu kajian sulung dua kali setahun yang ditugaskan oleh SPH.



Kajian itu, yang dijalankan dari Disember 2020 hingga April tahun ini, berusaha memahami perubahan pada profil pembaca, memandangkan pertumbuhan pesat pelbagai format, produk dan wadah media. Dua pusingan tinjauan diadakan setiap tahun melibatkan sehingga 3,000 individu.



Ia mengumpul bukan maklumat melalui kelakuan yang didakwa berdasarkan ingatan atau tinjauan saja, malah mempunyai elemen tambahan kelakuan sebenar seperti penggunaan digital.



Sedang The Straits Times terus menjadi akhbar tempatan paling banyak dibaca rentas formatnya dalam kalangan penduduk umum di Singapura, kajian itu menunjukkan segmen tertentu penduduk terus menggunakan tawaran kandungan berbeza SPH, kata SPH dan GfK dalam kenyataan semalam.



Sebagai contoh, The Business Times mempunyai bilangan profesional, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB) dan pembaca lebih mewah.



The Straits Times mempunyai peratusan lebih tinggi pembaca milenial dan Gen X, manakala tawaran berita Cina SPH menikmati bilangan pembaca lebih tinggi dalam kalangan pembeli barang runcit dan baby boomer.



Kajian itu juga menunjukkan sebilangan besar pembaca bersedia membayar bagi mengakses kandungan SPH.



Lebih sepertiga (35 peratus) pembaca surat khabar SPH sekarang adalah pelanggan.



The Straits Times dan The Business Times menikmati kadar langganan tertinggi (akhbar cetak atau e-akhbar) - kedua-duanya pada 45 peratus - dalam kalangan pembaca mereka.



Membeli akhbar cetak fizikal terus menjadi cara akses pilihan bagi akhbar vernakular.



Dua pertiga atau lebih pembaca Tamil Murasu (72 peratus), Lianhe Wanbao (70 peratus), Shin Min Daily News (71 peratus), dan Berita Harian/Minggu (66 peratus) membeli akhbar di kedai.



Hasil kajian itu juga menunjukkan membaca berita secara digital telah mengatasi penggunaan surat khabar cetak bagi The Straits Times dan The Business Times. Kedua-duanya mempunyai lebih ramai pembaca mingguan bagi versi digital mereka berbanding cetak.



Akhbar bahasa Cina Lianhe Zaobao pula mempunyai jumlah pembaca mingguan hampir sama dalam versi digital dan cetak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >