Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 dari 10 ditinjau di sini sokong hukuman mati bagi jenayah besar

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LEBIH tujuh daripada 10 orang di sini menyokong hukuman mati bagi jenayah paling serius seperti membunuh dengan sengaja, menggunakan senjata api dan mengedar sejumlah besar dadah.



Malah, lebih lapan daripada 10 penduduk serantau di luar Singapura yakin bahawa hukuman mati yang dilaksana di negara ini dapat mencegah jenayah serius.



Demikian menurut tiga kajian yang dijalankan atau dikomisen oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) antara 2018 dengan 2021.



Kajian itu dikeluarkan di laman web MHA semalam.



Ini juga merupakan kali pertama MHA mengeluarkan laporan penuh daripada kajian ini.



Tiga kajian tersebut termasuk tinjauan tentang sikap penduduk Singapura terhadap hukuman mati yang dijalankan oleh Divisyen Penyelidikan dan Statistik (RSD) MHA pada 2021; kajian tentang sikap terhadap pelaksanaan hukuman mati yang dikomisen MHA dan dijalankan Institut Pengajian Dasar (IPS) dari Oktober 2019 hingga Januari 2020; serta kajian tentang tanggapan penduduk di bandar serantau tentang keadaan jenayah, undang-undang dan keselamatan Singapura yang dikomisen oleh Pusat Sains Kelakuan Home Team (HTBSC) MHA yang dijalankan dalam dua fasa pada 2018 dan 2021.



Kajian IPS dan RSD itu, yang menumpukan pada responden di Singapura, mendapati bahawa kebanyakan warga dan penduduk tetap (PR) Singapura menyokong hukuman mati bagi jenayah paling serius, dengan 74 peratus responden bersetuju atau amat bersetuju ia mempunyai sebab yang kukuh dalam kajian IPS manakala 73.7 peratus responden berpendapat sedemikian dalam kajian RSD.



Kebanyakan responden juga berkata adalah wajar hukuman mati dijadikan mandatori bagi jenayah paling serius.



Kajian IPS itu, yang mempunyai 2,000 responden berusia 18 tahun dan ke atas, mendapati bahawa kebanyakan mereka bersetuju bahawa hukuman mati harus dijadikan mandatori bagi kesalahan membunuh secara sengaja (71.4 peratus), menggunakan senjata api secara terlarang (60.1 peratus) dan mengedar sejumlah dadah yang besar (61.5 peratus).



Sementara itu, tinjauan RSD, yang mempunyai 2,000 responden berusia 15 tahun dan ke atas juga mendapati bahawa kebanyakan mereka bersetuju bahawa hukuman mati harus dijadikan mandatori bagi kesalahan membunuh secara sengaja (80.5 peratus), menggunakan senjata api secara terlarang (71.1 peratus) dan mengedar sejumlah dadah yang besar (65.6 peratus).



Kebanyakan warga dan PR Singapura berkata hukuman mati adalah berkesan dalam mencegah jenayah serius, dengan 78.2 peratus responden bersetuju dalam kajian IPS manakala lebih 83 peratus bersetuju dalam tinjauan RSD.



Menurut tinjauan RSD juga, sekurang-kurangnya 79 peratus responden yakin bahawa langkah memansuhkan hukuman mati mungkin akan menambah jumlah dadah yang dibawa masuk ke Singapura serta jumlah kesalahan menggunakan senjata api dan kesalahan membunuh di sini.



MHA semalam berkata kajian yang telah dijalankan itu menunjukkan terdapat sepersetujuan bahawa hukuman mati adalah berkesan.



"Terdapat sepersetujuan jelas, baik di dalam negara dan di rantau ini, bahawa hukuman mati berkesan bagi mencegah orang ramai daripada membawa dadah masuk ke Singapura dan lebih berkesan berbanding hukuman penjara seumur hidup," ujar MHA.



Laporan lanjut :  Majoriti warga S'pura akur hukuman mati pencegah utama edar dadah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >