Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 diberkas kerana disyaki curi baucar Belanjawan 2020 dari peti surat

Oct 15, 2020 | 07:08 PM



 



POLIS telah memberkas empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 dengan 54 tahun yang disyaki mencuri Baucar Barangan Keperluan Belanjawan 2020 daripada peti surat HDB di beberapa lokasi di Singapura.


Polis dari divisyen Tanglin, Bedok, Woodlands dan Clementi telah memberkas suspek itu antara 11 dengan 14 Oktober, yang disyaki mencuri dari blok di Toa Payoh Lorong 7, Tampines Street 86, Marsiling Road, Telok Blangah Rise dan Holland Close.


Seorang daripada mereka, lelaki berusia 24 tahun, didapati telah mencuri baucar dari lokasi sama di Tampines pada kejadian berasingan.


Polis berkata siasatan awal mendedahkan bahawa kes mencuri itu berkemungkinan tidak berkait dan bersifat mengambil kesempatan.


Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.


Polis berkata ia juga telah menerima laporan serupa di estet perumahan lain dan sedang meningkatkan usahanya untuk memberkas pesalah dan membawa mereka ke keadilan.


Polis turut menasihatkan orang ramai yang layak menerima baucar itu agar segera mengambil baucar dari peti surat dan memastikan peti surat mereka dikunci setiap masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >