Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

7 diberkas kerana serang 3 belia di Jalan Bukit Merah

Jun 13, 2021 | 08:58 PM

TUJUH lelaki berusia antara 15 dengan 29 tahun diberkas pada Sabtu (12 Jun) kerana merusuh menggunakan senjata bahaya. Lima akan didakwa di mahkamah pada Isnin.

Mereka terlibat dalam pergaduhan pada Jumaat malam di mana tiga belia diserang di Jalan Bukit Merah.

Salah seorang lelaki itu disyaki menyerang mangsa dengan pisau kerambit, kata polis pada Ahad.
Dua mangsa, berusia 14 dan 15 tahun, dibawa ke hospital.

Sebilah pisau kerambit yang ditemui pada salah seorang lelaki itu turut dirampas.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga mangsa dikenali oleh penyerang dan mereka dikatakan diserang akibat satu pertikaian.

Kesalahan merusuh menggunakan senjata bahaya membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, serta hukuman sebat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3