Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 kegiatan menarik bagi seisi keluarga sempena cuti sekolah ini

Mar 15, 2020 | 05:30 AM



Penularan wabak Covid-19 mungkin telah mengganggu rancangan pelancongan anda dan keluarga tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh meluangkan masa bersama anak-anak dan berseronok sempena cuti sekolah ini. HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR berkongsi tujuh kegiatan yang anda boleh lakukan bersama keluarga di sini, tanpa perlu ke luar negara.



Alami musim bunga sakura



Pameran Bunga Sakura Masturi di Taman di Pesisiran memberi anda peluang melihat lebih 500 pokok bunga sakura yang lazim didapati di Jepun pada musim bunga sekarang.



Untuk masuk, anda hanya perlu membeli tiket ke Flower Dome, yang kini ditawarkan dengan diskaun 50 peratus bagi semua warga Singapura hingga 22 Mac.



Taman di Pesisiran juga akan menawarkan tiket percuma bagi 500 warga Singapura pertama yang telah membatalkan rancangan pelancongan mereka ke Jepun.



Berenang



Jangan takut untuk meluangkan masa di kolam renang bersama keluarga anda kerana kata pakar perubatan, berenang sebenarnya antara kegiatan yang selamat pada waktu ini.



"Air dan klorin yang terdapat dalam kolam renang boleh mematikan virus yang berada di dalam kolam itu," kata pakar penyakit berjangkit dari Hospital Mount Elizabeth, Dr Leong Hoe Nam, dalam satu wawancara bersama stesen radio One FM 91.3



Namun, pastikan anda menjaga kebersihan di luar kolam renang dan mengambil langkah yang disarankan oleh pihak berkuasa.



Tarikan Wild Wild Wet kini menawarkan promosi bagi pas sehari mereka dengan harga $9 sahaja. Selain itu, kolam renang ActiveSG di seluruh Singapura masih dibuka dan harga masuk antara 50 sen dengan $2, berdasarkan usia dan kompleks yang anda kunjungi.



Berseronok di Universal Studios Singapore



Taman bertema Universal Studios Singapore (USS) menawarkan pelbagai tarikan, persembahan, restoran dan banyak lagi untuk dinikmati seisi keluarga.



Kini, dengan menggunakan kad kredit Mastercard, anda boleh mendapatkan pas yang membolehkan anda masuk ke taman itu secara percuma selama enam bulan - hanya dengan membeli tiket dewasa pada harga $81.



Berkelah di taman



Sama ada di tepi pantai, di Bendungan Marina atau di Kebun Bunga, berkelah adalah satu cara yang menjimat wang tetapi tetap seronok untuk meluangkan masa bersama keluarga cuti sekolah ini.



Bentang tikar dan santai di bawah matahari atau gunakan masa itu untuk bermain bersama anak-anak anda.



Kunjungi taman haiwan



Anda tidak perlu berlayar untuk melihat pelbagai haiwan dari seluruh dunia kerana di Taman Haiwan Singapura, anda boleh mendekati dan mempelajari tentang zirafah dari Afrika, kanggaru dari Australia dan banyak lagi.



Hingga 22 Mac, warga Singapura hanya perlu membeli sekeping tiket untuk mendapatkan seleping lagi tiket percuma.



Lawati muzium



Singapura ada pelbagai muzium yang sesuai bagi memenuhi cita rasa anda sekeluarga.



Muzium ArtScience kini mengadakan pameran Disney: Magic of Animation yang sudah tentu boleh menghiburkan si cilik, hanya dengan harga $12 bagi kanak-kanak dan $16 bagi dewasa.



Jika anda lebih menggemari sejarah, kunjungi Muzium Negara Singapura untuk pameran An Old New World: From The East Indies To The Founding Of Singapore, 1600s-1819.



Masuk percuma bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap.



Kunjungi Jewel Lapangan Terbang Changi



Jika anda ingin nikmati tarikan di Jewel seperti Canopy Park, kinilah masanya!



Pengunjung dapat masuk ke Canopy Park secara percuma hingga 31 Mac.



Anda boleh berjalan di Topiary Walk dan Petal Gardens sambil si cilik pula bermain di Discovery Slides tanpa dikenakan sebarang bayaran.



Bukan sahaja, tarikan lain dalam Canopy Park seperti Canopy Bridge dan Mirror Maze, turut menawarkan diskaun 50 peratus bagi harga masuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >