Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 kelompok jangkitan Covid-19 aktif kini libatkan kakitangan pusat pertukaran bas

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT tujuh kelompok jangkitan Covid-19 aktif kini yang melibatkan kakitangan di pusat pertukaran bas selepas satu kelompok baru yang berkaitan dengan kakitangan Pusat Pertukaran Bas Boon Lay dilaporkan kelmarin.



Kelompok Pusat Pertukaran Bas Boon Lay itu mempunyai tujuh kes baru, menjadikan jumlah kes keseluruhan mencapai 15.



Satu lagi kelompok baru dilaporkan kelmarin, di mana tiga kes baru dikaitkan dengan sebuah dormitori di 119 Neythal Road di Pioneer, menjadikan jumlah kes keseluruhan mencapai empat.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah melaporkan tentang kelompok di Pusat Pertukaran Bas Jurong East, Pusat Pertukaran Bas Clementi dan juga pusat pertukaran bas Punggol dan Toa Payoh awal minggu lalu.



Kelompok Covid-19 di pusat pertukaran bas di Bishan dan Sengkang dilaporkan awal bulan ini.



Kini terdapat 174 kes Covid-19 yang dikaitkan dengan kelompok pusat pertukaran bas tersebut.



Selain dormitori Neythal Road, terdapat enam dormitori lain dengan kelompok Covid-19 aktif iaitu Tuas South Lodge, North Coast Lodge, dormitori Westlite Juniper dan Westlite Mandai, Homestay Lodge dan dormitori 43 Sungei Kadut Loop.



Sebanyak 266 kes kini dikaitkan dengan kelompok dormitori tersebut.



MOH berkata terdapat 67 kelompok aktif di Singapura sekarang, yang mempunyai antara tiga dengan 1,155 kes jangkitan setiap satu.



Kelmarin, Singapura melaporkan 124 kes jangkitan koronavirus baru dalam masyarakat.



Daripada jumlah itu, 21 dikaitkan dengan kelompok Bugis Junction.



Kelompok ini, yang dilaporkan pada Selasa lalu, kini mempunyai 198 kes.



Baki 103 kes baru dalam masyarakat itu termasuk 37 kes yang dikaitkan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini dan telah pun diletakkan di bawah kuarantin.



Lagi 32 kes yang dikaitkan dengan kes terdahulu tidak berada dalam kuarantin apabila mereka diuji positif.



Baki 34 kes tiada kaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.



Sebanyak sembilan kes diimport juga dilaporkan, dengan tiga daripadanya dikesan apabila tiba di Singapura dan lagi enam mengalami penyakit itu semasa sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau pengasingan.



Secara keseluruhannya, terdapat 133 kes Covid-19 baru di Singapura, menjadikan kes keseluruhan di sini berjumlah 67,304.



Seramai 414 pesakit telah dimasukkan ke hospital.



Terdapat 14 pesakit yang memerlukan sokongan oksigen dan enam pesakit berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).



Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 14 merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas, dengan sembilan daripadanya belum divaksin atau telah menerima satu dos vaksin Covid-19.



"Terdapat bukti berterusan bahawa hampir semua individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak mengalami penyakit serius apabila dijangkiti, melainkan mereka mempunyai masalah perubatan tersembunyi yang menjadikan mereka lebih mudah diserang penyakit," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >