Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 kelompok jangkitan libatkan dormitori ditutup; 321 dibenar pulang

Jul 08, 2020 | 11:59 PM

SEBANYAK sembilan kes dalam masyarakat baru disahkan sehingga 12 tengah hari Rabu (8 Julai) melibatkan empat warga Singapura atau Penduduk Tetap, dua pemegang Pas Kerja dan tiga pemegang Permit Kerja.


Tiga daripada kes itu berkait dengan kes terdahulu, dan baki enam tidak berkait sejauh ini.

Tiga kes yang diimport turut disahkan, terdiri daripada dua warga India yang memegang Pas Tanggungan yang pulang ke Singapura dari India pada 26 Jun.


Baki satu kes melibatkan  seorang warga Singapura yang pulang ke Singapura dari Filipina pada 26 Jun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada lewat Rabu malam.


Mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 14 hari sebaik tiba di Singapura dan diuji ketika menjalani SHN.


Baki kes melibatkan 146 pekerja asing yang menginap di dormitori. 

MOH turut mengumumkan tujuh kelompok jangkitan melibatkan dormitori telah ditutup setelah tiada kes baru dilaporkan.


Sementara itu, lagi 321 kes telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah 41,323 telah sembuh sejauh ini.


Seorang lelaki warga Singapura berusia 69 tahun meninggal dunia pada Selasa setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat tinggalnya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >