Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 kemalangan korban nyawa di tempat kerja sejak awal Feb 2021 membimbangkan: Zaqy

Feb 22, 2021 | 10:28 PM



SEJAK awal Februari, tujuh kemalangan tempat kerja yang mengorbankan nyawa individu dilaporkan di Singapura.



Ini berbanding 30 kes kematian melibatkan kemalangan tempat kerja pada keseluruhan 2020.



Keadaan ini amat mengejutkan dan merupakan satu trend membimbangkan bagi sepanjang tahun, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy berkata demikian dalam lampiran pos Facebook pada Isnin (22 Februari).



“Kemalangan ini berlaku di pelbagai industri termasuk binaan, pengangkutan, simpanan barang dan kelautan.



“Kejadian ini boleh dicegah dengan penilaian risiko secukupnya di tempat kerja serta langkah keselamatan sewajarnya diperkenalkan.



“Secara khusus, terdapat dua kes di mana pekerja yang maut mengendalikan kenderaan trak ‘boom lift’ dan trak angkat susun walaupun mereka tidak dilatih dan tiada pengesahan menggerakkannya.



“Kontraktor yang menggunakan peralatan berat harus memastikan bahawa hanya mereka yang dilatih dan mempunyai tauliah dibenarkan mengendalikan operasi trak sebegini.



“Kunci mesin ini tidak harus dibiarkan di tapak mesin tanpa ada yang menjaganya,” jelas Encik Zaqy dalam catatannya.



Menurutnya lagi, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan mempertingkat langkah penguatkuasaan dengan lebih tumpuan diberi pada risiko bertugas pada lokasi tinggi dan penggunaan selamat mesin.



“Kami akan menumpukan sasaran pada sektor berisiko tinggi seperti industri binaan, pengeluaran dan kelautan dalam beberapa bulan mendatang.



“MOM tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah penguatkuasaan ke atas syarikat yang tidak mempunyai langkah sewajarnya dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjanya.



“Tindakan juga akan diambil ke atas mana-mana pekerja yang ditangkap mengendalikan mesin atau peralatan tanpa keizinan atau latihan mengendalikannya.



“Dalam kes pekerja asing, tindakannya mungkin melibatlkan pembatalan pas kerja mereka,” tambah Encik Zaqy.



Menurutnya lagi, Persatuan Kontraktor Singapura Ltd (SCAL) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja telah mengeluarkan panggilan bagi Masa Rehat Selamat (STO) buat penggunaan mesin.



Encik Zaqy menggesa majikan dan pekerja agar menilai semula tempat bertugas dan prosedur keselamatan yang ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >