Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 kes baru Covid-19 di S'pura, semuanya kes import

Nov 08, 2020 | 06:50 AM



TERDAPAT tujuh kes jangkitan Covid-19 baru sehingga tengah hari Sabtu (7 Nov) dengan semuanya merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan mereka diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Tidak ada kes baru di masyarakat atau di  asrama pekerja, buat hari kedua berturut-turut.

Angka kes Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Singapura mencecah 58,054.

Daripada tujuh kes import itu, dua adalah warga Singapura – seorang wanita berusia 59 tahun yang pernah ke Britain dan seorang lelaki berusia 46 tahun yang telah pergi ke Canada.

Seorang lagi adalah penduduk tetap (PR), wanita berusia 55 tahun yang pernah ke Korea Selatan.

Dua daripada kes baru kini bekerja di sini – seorang  pemegang pas kerja lelaki berusia 28 tahun yang tiba dari Holland, dan pemegang permit kerja lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Malaysia.

Dua baki kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek.

Seorang daripada mereka, wanita berusia 69 tahun, dibenarkan masuk ke Singapura dari Britain untuk melawat anaknya yang merupakan seorang PR.

Seorang lagi adalah lelaki berusia 25 tahun yang tiba dari Ukraine untuk menaiki kapal yang berlabuh di sini, sebagai anak kapal.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >