Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 lagi kematian Covid-19 di S'pura; 3,994 jangkitan baru

Oct 19, 2021 | 11:58 PM



TUJUH warga Singapura, berusia antara 57 dengan 90 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, sedang bilangan kes baru harian di sini hampir mencecah 4,000.



Mereka yang terkorban itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (19 Okt).



Tiga daripada mereka tidak divaksin, tiga telah divaksin sepenuhnya dan satu lagi baru  menerima satu dos vaksin.


Enam daripada mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH, manakala baki satu adalah kes yang belum divaksin dan tidak mempunyai kondisi perubatan yang diketahui.



Di kalangan mereka yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam masa 28 hari kebelakangan, 27.1 peratus telah divaksin sepenuhmya, dan baki sama ada tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.


Kematian berkaitan dengan Covid-19 telah dicatat setiap hari sejak 20 September.



Jumlah kematian di Singapura akibat virus itu kini 246 orang.



Terdapat 3,994 jangkitan Covid-19 baru secara keseluruhan, terdiri daripada 3,480 kes masyarakat baru, 501 di dormitori pekerja migran dan 13 kes yang diimport.


"Terdapat kenaikan yang biasa berlaku selepas hujung minggu hari ini. Kami akan perlu memantau kes-kes dengan teliti bagi beberapa hari akan datang, untuk menentukan sama ada ini adalah lonjakan sementara atau peningkatan lanjut dalam jangkitan," kata MOH.


"Walaupun begitu, sejak seminggu yang lalu, kami telah melihat peningkatan dalam tahap aktiviti, termasuk bilangan pengunjung yang lebih tinggi di semua pusat beli-belah, lebih ramai orang di kawasan Orchard Road, serta sedikit peningkatan dalam bilangan penumpang pengangkutan awam," tambahnya.

Kes masyarakat termasuk 567 orang berumur lebih 60 tahun.


MOH berkata bilangan warga emas yang tidak divaksin berusia lebih 60 tahun yang telah dijangkiti Covid-19 telah naik dalam masa beberapa hari lalu ke lebih 100 sehari.


Golongan ini berisiko sakit teruk, kata MOH.


"Bilangan orang yang memerlukan penjagaan ICU terus meningkat, dan ini telah meletakkan hospital kami di bawah tekanan besar," tambahnya.


Di kalangan kelompok besar yang dipantau, lima mempunyai kes baru.

Rumah Penjagaan dan Pusat Medicare ECON mempunyai satu kes baru menjadikan keseluruhan 64 kes.


Rumah penjagaan warga emas Bukit Batok Home for the Aged mempunyai satu kes baru, menjadikan keseluruhan 53 kes.


United Medicare Centre mempunyai empat kes baru menjadikan keseluruhan 132 kes, Rumah Penjagaan St. Andrew's mempunyai dua kes baru menjadikan keseluruhan 18 kes dan MWS Christalite Methodist Home mempunyai tambahan empat kes menjadikan jumlah 114 kes.


Jumlah kes di Singapura kini 154,725.


Pada Selasa, terdapat 16,377 pesakit dalam pemulihan rumah, 3,812 di kemudahan penjagaan masyarakat dan 851 di kemudahan rawatan Covid-19.


Terdapat 1,738 pesakit di hospital, naik daripada 1,714 pada Isnin, dengan 338 pesakit memerlukan sokongan oksigen.


Terdapat 71 pesakit di unit jagaan rapi.


Sejauh ini, 84 peratus penduduk telah divaksin sepenuhnya dan 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.


Sejumlah 604,552 orang telah menerima suntikan penggalak mereka dan 96,000 lagi telah membuat janji temu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >