Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 lagi pusat penjaja sertai program 'Adopt-a-Hawker Centre'

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



TUJUH lagi pusat penjaja serantau Singapura akan ditambah ke dalam program Adopt-a-Hawker Centre pada 2022 bagi membantu meningkatkan pendapatan penjaja yang terjejas oleh pandemik serta membina kehadiran mereka dalam talian, umum bank DBS semalam.



Ini meningkat dari tiga pusat penjaja yang sedia ada di bawah program bank itu di mana ia bermula dengan Pasar dan Pusat Makanan Tanjong Pagar Plaza pada 4 September lalu.



Ini diikuti oleh Chinatown Complex pada Oktober lalu dan The Marketplace @ 58 di New Upper Changi Road pada awal bulan ini.



Program ini melibatkan pembelian pukal yang kerap dibeli oleh bank.



Peningkatan program diumumkan seiring dengan acara komuniti di The Marketplace @ 58 semalam di mana 500 makanan telah dibeli secara pukal dari lapan gerai penjaja dan kemudian dibungkus untuk diedarkan kepada pekerja barisan depan di Hospital Besar Changi.



Acara itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat, yang merupakan anggota parlimen dan penasihat akar umbi GRC East Coast.



Beliau disertai Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor; Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How dan pengurus negara DBS untuk Singapura, Encik Shee Tse Koo.



Mereka turut membantu membungkus beberapa bungkusan yang telah dihantar semalam.



DBS berkata pemilik gerai di tiga pusat penjaja pertama di bawah program itu telah pun melihat pendapatan meningkat sebanyak 15 hingga 30 peratus.



Ini disokong oleh pembelian berkumpulan oleh bank, termasuk lebih daripada $115,000 yang dikumpul oleh pekerja bank untuk membeli 15,000 makanan penjaja dalam tempoh tiga bulan.



Makanan itu kemudian disalurkan kepada penerima seperti pekerja barisan depan di hospital, pekerja asing dan keluarga-keluarga yang memerlukan.



Hanya dua minggu di dalam program itu, Cik Julina Ahmad, yang merupakan pemilik dapur Juliecious di The Marketplace @ 58, telahpun melihat perniagaannya bertambah baik. Gerai tersebut menjual barangan makanan seperti lontong, mi siam dan mi rebus.



Cik Julina, yang berusia dalam 40-an tahun, berkata:



"Perniagaan sudah meningkat 10 hingga 15 peratus. Sebelum ini, perniagaan sangat teruk kerana hanya dua orang dibenarkan (makan pada satu masa), kebanyakannya kami terpaksa bungkuskan dan pelanggan tidak mahu masuk kerana keperluan tambahan SafeEntry".



DPM Heng berkata beliau gembira melihat usaha-usaha asas sedemikian telah membantu penjaja mendapat daya tarikan.



"Kerjasama padu antara pelbagai pihak berkepentingan akan membantu penjaja kami mengatasi cabaran yang dihadapi dan muncul lebih kuat daripada wabak itu.



"Saya berharap semangat perkongsian ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang ke arah tindakan dan impak yang lebih positif," kata beliau.



Encik Shee dari DBS pula menyatakan bahawa walaupun terdapat trend peningkatan penggunaan platform dalam talian, ramai penjaja masih bergantung pada jualan daripada pelanggan yang datang.



"Dengan meningkatkan inisiatif Adopt-a-Hawker Centre ini, kami berusaha untuk membantu lebih ramai penjaja mengembangkan perniagaan mereka melalui pendigitalan dan pembelian kumpulan komersial," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >