Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 lelaki ditahan, 49 disiasat berhubung perjudian haram

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



TUJUH lelaki berusia antara 37 dan 53 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram dalam tiga operasi polis pada Oktober dan November lalu.



Lagi 45 lelaki dan empat wanita, berusia antara 37 dan 83 tahun, turut disiasat atas kesalahan serupa, kata Pasukan Polis Singapura semalam.



Pada 29 Oktober, pegawai polis dari Divisyen Polis Central melaksanakan pemeriksaan penguatkuasaan ke sebuah unit rumah kedai di Norris Road, yang disyaki menempatkan kegiatan perjudian secara haram.



Dua lelaki berusia antara 37 dan 53 tahun didapati menganjurkan kegiatan perjudian haram untuk sembilan lelaki lain, berusia antara 37 dan 67 tahun, yang berada dalam unit itu.



Polis berkata peralatan perjudian seperti pakau ditemui dan dirampas. Tujuh lelaki ditahan dan empat lagi sedang disiasat.



"Kesemua 11 lelaki sedang membantu dalam siasatan melanggar peraturan jarak selamat di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 (Perintah Kawalan) 2020," tambah polis.



Pada 20 November, pegawai polis dari Divisyen Polis Woodlands melakukan pemeriksaan penguatkuasaan di Marsiling Road.



Seorang lelaki dan wanita berusia antara 60 dan 62 tahun didakwa bertindak sebagai penerima taruhan untuk dua lelaki dan seorang wanita, berusia antara 52 dan 61 tahun, yang dikatakan telah membuat pertaruhan kuda bersama mereka.



Wang tunai berjumlah $1,100, dua telefon bimbit dan peralatan pertaruhan dirampas.



Mereka berlima juga membantu dalam siasatan.



Dalam operasi ketiga pada 20 dan 21 November, pegawai polis dari Divisyen Polis Central melaksanakan siri pemeriksaan penguatkuasaan di Bendemeer Road, Beach Road, Sago Lane, New Market Street dan King George's Avenue.



"Semasa operasi itu, 13 lelaki berusia antara 50 dan 82 tahun didakwa bertindak sebagai penerima taruhan bagi 25 lelaki dan dua wanita berusia antara 46 dan 83 tahun, yang telah membuat pertaruhan perlumbaan kuda menerusi mereka," kata polis.



Wang tunai berjumlah $13,000, dua telefon bimbit dan peralatan pertaruhan telah dirampas.



Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda hingga $5,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.



Mereka yang melanggar langkah pengurusan selamat boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda $10,000 atau kededuanya.



Bagi kesalahan bertindak sebagai penerima pertaruhan, pesalah boleh didenda antara $20,000 hingga $200,000 dan dipenjara hingga lima tahun.



Bagi yang membuat pertaruhan bersama penerima taruhan, mereka boleh didenda hingga $5,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.



Mereka yang didapati bersalah atas perjudian terlarang boleh didenda hingga $5,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Mereka yang disabit kesalahan menyediakan khidmat perjudian secara jarak jauh yang menyalahi undang-undang boleh didenda antara $20,000 dan $200,000, atau dipenjarakan hingga lima tahun, atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >