Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 orang ditangkap, dadah bernilai sekitar $280,000 dirampas

Aug 25, 2018 | 03:59 PM



SERAMAI tujuh warga Singapura ditangkap dan dadah bernilai sekitar $280,000 dirampas hasil satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pagi semalam (24 Ogos).



Menerusi satu kenyataan hari ini, CNB berkata pegawainya dikerah untuk memantau tempat persembunyian seorang suspek pengedar dadah di sekitar Woodlands Crescent.



Suspek pengedar dadah itu merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun.



Pegawai CNB turut menangkap seorang lagi suspek pengedar dadah – seorang lelaki berusia 43 tahun – dan dua suspek wanita – berusia 30 dan 32 tahun – dalam unit itu.



Heroin seberat 2.9 kilogram, kanabis seberat 2 kilogram, Ice seberat 100 gram, 45 pil Ecstasy, sebotol methadone dan wang tunai sebanyak $21,170 turut dirampas daripada unit tersebut.



Selain empat suspek yang ditangkap CNB di unit itu, tiga lagi rakan suspek berusia 35 tahun itu turut ditangkap – dua daripadanya ditangkap dalam sebuah unit di kawasan Jurong East Street 24 manakala seorang lagi ditangkap dalam sebuah unit di sekitar Yishun Avenue 11.



Siasatan terhadap kesemua suspek sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >