Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 pembantu rumah asing antara 13 kes import Covid-19 baru S'pura

Dec 29, 2020 | 10:23 PM



SEMBILAN pemegang permit kerja yang sampai ke Singapura dari Bangladesh, Malaysia dan Indonesia adalah antara 13 kes import Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (29 Disember).



Tujuh daripada mereka merupakan pembantu rumah Indonesia berusia antara 25 dengan 48 tahun.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Selasa malam, MOH menambah dalam kalangan 13 kes import itu, seorang adalah warga Singapura dan dua pula Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Indonesia, Amerika Syarikat dan India.



Baki satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang datang dari Indonesia bagi projek kerja di Singapura.



Kesemua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji sewaktu tempoh tersebut atau ketika diasingkan.



Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan.



Terdapat 14 lagi kes yang sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 37 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >