Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 perkara menarik tentang Stadium Negara yang anda mungkin tidak tahu

Aug 09, 2016 | 01:40 PM



Hari ini merupakan hari jadi Singapura yang ke-51, adakah anda teruja untuk membuat lawatan ke Hab Sukan Singapura di mana Stadium Negara?



NDP 2016 akan diadakan di Stadium Nasional setelah bertempat di The Float @ Marina Bay selama 10 tahun.



Berikut adalah 7 perkara menarik tentang Stadium Nasional yang ramai mungkin tidak tahu.



1. Pentas NDP 2016 boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang



Ini sepatutnya menunjukkan betapa besar saiz stadium, bukan? Untuk meletakkan perkara dalam perspektif, pentas berbentuk bulat yang terbentang dari satu hujung ke hujung lain, adalah sebesar kira-kira sembilan gelanggang bola keranjang, menurut satu laporan Channel News Asia.



2. Stadium Nasional boleh muat 55,000 Orang



55,000 mungkin tidak terlalu menarik tetapi ia bersamaan dengan 1,375 kelas yang terdiri daripada 40 murid setiap satu. Untuk membuat perkara lebih dramatik, 55,000 menaungi jumlah (42,185 secara tepat) kelahiran dicatatkan di Singapura semasa sepanjang tahun 2015, menurut data daripada Singstat.



3. Stadium Nasional menawarkan bumbung yang boleh dibuka



Walaupun ini mungkin tidak kelihatan terlalu menarik, bumbung ditarik balik yang boleh dibuka untuk permainan luar atau ditutup untuk permainan dalaman merupakan sebab mengapa Stadium Negara kita adalah, menurut laman web rasmi Stadium Nasional, satu-satunya stadium di seluruh dunia yang berupaya untuk menjadi tuan rumah pelbagai acara terdiri daripada olahraga, bola sepak, ragbi dan kriket ke acara-acara kebangsaan dan masyarakat, rancangan hiburan keluarga dan konsert, seperti yang sudah dijual habis "The Invincible" konsert Jay Chou.



Stadium Nasional juga menyokong sistem mesra alam di mana penggunaan tenaga diimbangi oleh panel solar yang dipasang di atas pejabat dan kawasan letak kereta di sekitar Stadium Nasional.



4. Kelab Stadium Negara



Secara ringkas, program keahlian berdedikasi stadium ini adalah yang pertama di Singapura dan Asia Tenggara, memberikan ahli anggota pelbagai keistimewaan untuk meningkatkan pengalaman hospitaliti eksklusif mereka di Stadium Negara.



Antara keistimewaan yang diadakan termasuk akses prioriti untuk tiket ke acara bertaraf dunia di Stadium Nasional dan tempat letak kerata yang mempunyai label sendiri, dikenali sebagai Tempat Letak Kereta Ahli Kelab Stadium Nasional.



Ahli-ahli Premium dan Premium Plus Seats dapat menikmati perkara-perkara tersebut, ditambah dengan akses ke ruang istirahat eksklusif Bank of Singapore, pintu masuk peribadi, kerusi empuk premium terletak di garisan tengah, dan perkhidmatan rencam antara lain.



5. Panduan acara Stadium Negara sebenarnya wujud



Terdapat beberapa informasi dinyatakan di panduan acara Stadium Nasional. Ia agak berguna bagi mereka yang tidak kerap ke sana. Informasi seperti tempat letak kereta dan kayu 'selfie' yang tidak dibenarkan masuk turut diberi.



6. West End @ Gate 1 adalah lebih mesra keluarga



West End merupakan lokasi yang mesra kerusi roda dan kereta sorong. Gate 1 pula tiada tangga. Jadi, anda sama sekali tidak mempunyai alasan untuk tidak mengambil bayi anda atau ahli yang keluarga berkerusi roda bersama-sama ke acara di Stadium Nasional.



7. Pasangan boleh mengambil foto perkahwinan di Stadium Nasional



Seperti 99 peratus perkara di Singapura, tiada yang percuma. Jika anda bercadang untuk mengambil gambar sebelum perkahwinan dan/atau gambar pertunangan di sana sebelum mengadakan majlis perkahwinan, anda perlu mengeluarkan wang dan menempah permohonan terlebih dahulu.



Menurut maklumat di laman web mereka, aplikasi perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh yang dicadangkan. Tarikh yang anda mencadangkan tidak boleh lebih daripada 90 hari dari tarikh anda memohon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >