Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 tadika MOE bakal dibuka di sekolah rendah pada 2024 dan 2025

May 25, 2021 | 03:34 PM



TUJUH tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka serata Singapura pada 2024 dan 2025.



Semua tadika ini akan ditempatkan di dalam perkarangan sekolah rendah dan menawarkan sekitar 100 hingga 120 tempat bagi tadika peringkat 1, kata MOE dalam kenyataannya pada Selasa (25 Mei).



Pendaftaran bagi tadika baru ini akan bermula pada Februari, tahun di mana tadika itu bakal dibuka kelak.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing yang mengulas di lampiran pos Facebook pada pagi Selasa berkata:



"Kami akan terus memperluas tadika MOE secara berterusan...agar lebih ramai warga Singapura boleh meraih akses pendidikan prasekolah bermutu baik dengan biaya yang dimampui."



Apabila tujuh tadika baru telah dibuka nanti, terdapat 57 tadika MOE yang beroperasi. Mereka akan menyediakan sekitar 7,900 ruang K1 pada 2025, jelas MOE.



Pihak kementerian menambah, kini terdapat 36 tadika MOE yang beroperasi dengan lapan yang baru akan dibuka tahun depan dan tujuh lagi dibuka pada 2023.



Daripada lapan tadika yang akan dibuka tahun depan, salah satunya - Tadika MOE@Gongshang akan menggantikan Tadika MOE@Tampines, antara 36 yang beroperasi.



Program tadika MOE bermula pada 2014. Sebelum ini, MOE menjelaskan ia menetapkan matlamat mengendalikan sekurang-kurangnya 60 tadika menjelang 2025.



Semua tadika menawarkan tiga bahasa ibunda "bagi menggalak dwibahasa pada tahun-tahun awal dan membantu membentangkan asas yang kukuh bagi pembelajaran bahasa pada tahun-tahun mendatang," kata pihak kementerian.



Mereka juga akan bekerjasama dengan sekolah rendah yang menempatkan mereka bagi menyokong peralihan pelajar ke Darjah 1, tambah MOE.



Khidmat jagaan tadika juga tersedia di semua tadika MOE yang berpangkalan di tapak sekolah bagi ibu bapa yang memerlukan jagaan kanak-kanak sepenuh masa buat anak-anak mereka. Ia disediakan dari Isnin hingga Jumaat, antara 7 pagi dengan 7 malam.



Inilah senarai tadika MOE dan lokasi mereka:



Dibuka pada 2024



1. Tadika MOE @ Casuarina



Sekolah Rendah Casuarina, 30 Pasir Ris Street 41, Singapore 518935



2. Tadika MOE @ Tanjong Katong



Sekolah Rendah Tanjong Katong, 10 Seraya Road, Singapore 437259



3. Tadika MOE  @ Yangzheng



Sekolah Rendah Yangzheng, 15 Serangoon Avenue 3, Singapore 556108



4. Tadika MOE @ Punggol



Sekolah Rendah Punggol, 61 Hougang Avenue 8, Singapore 538787



5. Tadika MOE @ South View



Sekolah Rendah South View, 6 Choa Chu Kang Central, Singapore 689762



Dibuka pada 2025



1. Tadika MOE @ Elias Park



Sekolah Rendah Elias Park, 11 Pasir Ris Street 52, Singapore 518866



2. Tadika MOE @ Hougang



Sekolah Rendah Hougang, 1 Hougang St 93, Singapore 534238



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >