$70 juta akan dilabur dalam 2 tahun kaji bandar 'masa depan'
Jul 24, 2019 | 05:30 AM
SEKITAR $70 juta daripada $150 juta yang diperuntukkan di bawah program kajian Bandar Masa Depan (CoT), akan dilaburkan dalam masa dua tahun mendatang.
Ini adalah antara inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencari huraian bandar, yang diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, dalam Kongres Kemampanan Bandar R&D, di Pusat Konvensyen Suntec Singapore, semalam.