Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70% korban Covid-19 di SG belum divaksinasi

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 555 daripada 802 individu yang meninggal dunia di sini tahun lalu akibat Covid-19 belum divaksinasi sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau menekankan bahawa golongan yang belum divaksinasi masih merupakan "paling terdedah" kepada sakit teruk jika dijangkiti koronavirus itu.



Meskipun membentuk sebilangan kecil penduduk di sini, golongan belum divaksinasi menyumbang kepada 70 peratus kematian Covid-19, kata Encik Ong di Parlimen.



Menurutnya lagi, baki 247 korban sudah divaksinasi dengan pelbagai vaksin yang diberikan di sini.



Kadar kematian berbeza-beza berdasarkan status vaksinasi mereka. Terdapat 79 kematian bagi setiap 100,000 orang yang tidak diberi vaksin sepenuhnya, 11 kematian bagi setiap 100,000 orang yang disuntik dengan vaksin Sinovac dan 7.8 bagi setiap 100,000 orang yang mendapat vaksin Sinopharm.



Bagi vaksin Pfizer-BioNTech, kadarnya ialah 6.2 kematian bagi setiap 100,000 orang, sementara bagi Moderna kadarnya seorang bagi setiap 100,000 orang.



"Kadar ini... tidak mengambil kira faktor lain yang boleh menjejaskan kematian, seperti usia dan masa vaksinasi," kata Encik Ong.



Menjawab soalan lain Anggota Parlimen (AP), beliau berkata sekitar 132,000 individu berusia 18 tahun ke atas belum divaksinasi.



Sekitar 300 orang pula tidak layak divaskinasi dari segi perubatan.



"Kami akan terus cuba meyakinkan mereka yang boleh divaksinasi agar mendapatkan vaksinasi mereka melalui doktor penjagaan utama mereka, pesanan awam dan media.



"Tetapi apabila bilangannya semakin kecil, adalah lebih sukar untuk meyakinkan mereka," ujar Encik Ong.



Beliau juga berkata 46 peratus penduduk sudah menerima suntikan vaksin penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >