Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70 orang dipindahkan dalam kebakaran di SGH

Aug 21, 2019 | 01:29 PM



TUJUH PULUH orang, termasuk pesakit dan kakitangan, dipindahkan selepas satu kebakaran berlaku di Hospital Besar Singapura (SGH) pada petang Isnin (19 Ogos).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba untuk mengawal kebakaran yang berlaku di 1 Hospital Drive, di tingkat bawah Blok 2, pada 1.50 petang.



Api kecil itu, yang berpunca dari sebuah komponen elektrik, padam dengan sendirinya sebelum pegawai bomba tiba, menurut SCDF.



Namun, asap dari kebakaran itu memaksa pegawai SCDF untuk memindahkan 70 orang dari kawasan tersebut, sebagai satu langkah keselamatan.



Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan pihak SCDF sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.



Siasatan awal oleh SGH menunjukkan bahawa komponen elektrik di dalam mesin pengimbas menjadi terlalu panas dan telah mengeluarkan asap, kata ketua pegawai operasi hospital itu, Encik Tan Jack Thian.



Mesin pengimbas itu kemudian dimatikan dengan segera. 



Pihak hospital telah mengatur agar pesakit tetap dapat menjalani pemeriksaan mereka menggunakan mesin pengimbas lain di jabatan itu selepas kawasan tersebut bebas daripada asap, dan setelah SCDF memberikan kebenaran menggunakan kawasan tersebut kembali, katanya.



Pihak hospital juga telah menjadual semula pemeriksaan yang perlu dibuat beberapa pesakit.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >