Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70% penduduk SG terima kededua dos vaksin Covid-19 jelang 9 Ogos

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



MENJELANG 9 Ogos ini, pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) menjangkakan sekitar 70 peratus penduduk Singapura sudah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.



Dalam kemaskini yang diberikan semasa sidang media MTF semalam, 67 peratus penduduk Singapura sudahpun divaksinasi sepenuhnya sehingga 5 Ogos lalu.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata apabila bilangan tersebut mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus, Singapura boleh mengambil langkah seterusnya dan meluaskan aktiviti ekonomi, sosial dan perjalanan.



Menjelaskan, Encik Ong berkata bermula 10 Ogos, Singapura akan memasuki fasa baru yang digelar Tahap Persediaan.



Dalam fasa tersebut, penyesuaian penting dalam peraturan protokol berkaitan aktiviti sosial dan perjalanan akan dibuat bagi Singapura menyesuaikan diri menjadi negara yang berdaya tahan Covid-19.



"Peringkat Persediaan ini mungkin akan berlangsung sekitar sebulan sehingga awal September di mana kita jangkakan 80 peratus penduduk sudah menerima vaksinasi sepenuhnya.



"Dan jika pada waktu itu kita dapat mengawal kes-kes parah dan dan keupayaan penjagaan kesihatan kita tidak terlalu teruk, kita akan dapat ke tahap seterusnya yang dipanggil Tahap Peralihan A di mana kita akan membuka dengan lebih luas aktiviti ekonomi, sosial dan perjalanan, dan kehidupan kita akan menjadi lebih 'normal'," ujar beliau.



Namun, memberi amaran, beliau berkata dalam membenarkan lebih banyak aktiviti diteruskan, bilangan kes jangkitan juga mesti dijangka akan meningkat.



"Pun begitu, kita boleh lakukan yang sebaik mungkin untuk mengurangkan jangkitan yang parah dan oleh yang demikian, penting bagi kita untuk terus memvaksinasikan seramai mungkin orang yang boleh.



"Bagi mereka yang tidak divaksinasi, kita mesti cuba melindungi mereka melalui peraturan pengurusan selamat yang berbeza," ujar Encik Ong.



Oleh itu, satu keperluan baru - vaksinasi atau ujian kerap bagi individu yang bekerja dalam suasana tertentu akan diperkenal, jelas Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Encik Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata ini termasuk mereka yang bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, penjagaan warga emas atau yang memerlukan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.



Individu yang bekerja dalam sektor yang memerlukan mereka berinteraksi dengan pelanggan dalam suasana di mana mereka tidak memakai pelitup, seperti sektor makanan dan minuman (F&B), gim dan yang menawarkan khidmat penjagaan sendiri juga termasuk dalam golongan ini.



"Di bawah keperluan baru ini, mereka yang bertugas dalam suasana sedemikian mesti divaksinasi sepenuhnya.



"Jika mereka tidak divaksinasi sepenuhnya, mereka mesti diuji dengan ujian pantas antigen (ART) dua kali seminggu untuk membantu melindungi mereka, rakan setugas mereka dan orang ramai," kata Encik Wong.



Keperluan baru ini akan dikuatkuasa bermula 1 Oktober 2021 bagi memberi cukup masa bagi individu-individu yang terjejas mendapatkan vaksinasi mereka.



Encik Wong menambah bahawa sektor perkhidmatan awam akan memimpin perlaksanaan keperluan baru ini dan memastikan semua pegawai perkhidmatan awam divaksinasi sepenuhnya.



Bermula 10 Ogos pula, Encik Wong berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menyambung semula kelulusan kemasukan bagi pemegang pas kerja dan tanggungan mereka dengan sejarah perjalanan ke negara atau wilayah berisiko lebih tinggi.



Namun, pemegang pas kerja ini dan tanggungan mereka mestilah sudah divaksinasi sepenuhnya, dan mereka masih tetap perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.



Pengunjung dari Australia, Austria, Canada, Jerman, Italy, Norway, Republik Korea dan Switzerland yang sudah divaksinasi sepenuhnya pula boleh pilih untuk tidak menjalani SHN 14 hari di kemudahan SHN yang tersedia, sebaliknya menjalaninya di tempat tinggal masing-masing atau tempat penginapan yang sesuai.



Ini akan dikuatkuasa bermula 11.59 malam, 20 Ogos 2021.




"Peringkat Persediaan ini mungkin akan berlangsung sekitar sebulan sehingga awal September di mana kita jangkakan 80 peratus penduduk sudah terima vaksinasi sepenuhnya. Dan jika pada waktu itu kita dapat kawal kes-kes parah dan dan keupayaan penjagaan kesihatan kita tidak terlalu teruk, kita akan dapat ke tahap seterusnya yang dipanggil Tahap Peralihan A di mana kita akan buka dengan lebih luas aktiviti ekonomi, sosial dan perjalanan, dan kehidupan kita akan menjadi lebih 'normal'."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >