Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70 petak berkebun dibuka di Bukit Gombak jelang 5 Jan

Dec 21, 2019 | 05:28 PM



MEREKA yang minat bercucuk tanam boleh menjangkakan kawasan berkebun baru tahun depan.



Ini kerana 70 petak berkebun yang diperuntukan yang terletak di Taman Bukit Gombak akan dibuka untuk permohonan bermula 5 Januari 2020.



Pemohon yang berjaya boleh mula berkebun apabila taman baru itu dibuka pada suku pertama tahun depan.



Demikian diumumkan Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan media.



NParks sebelum ini mengumumkan bahawa taman baru itu terletak di Bukit Batok West Avenue 5, bertentangan Pusat Memandu Bukit Batok.



Skim petak berkebun yang diperuntukan itu merupakan sebahagian program ‘Community in Bloom (CIB)’ yang diperkenal oleh NParks, dengan tujuan memupuk cinta terhadap berkebun.



Ia juga usaha menyatukan anggota masyarakat tanpa mengira usia dalam membangunkan taman masyarakat bersama.



Dalam perancangan bagi Taman Bukit Gombak seluas 4.8 hektar itu, penduduk kawasan tersebut telah memberi maklum balas dan meminta diadakan kawasan berkebun bagi mereka.



Ciri-ciri lain yang terdapat di taman itu termasuk tempat permainan serta kemudahan diadah lain berlatarbelakangkan kehijauan.



Setiap petak berkebun yang diperuntukan mengandungi tempat menanam berukuran 2.5 meter kali 1 meter, dan boleh disewa selama tiga tahun pada harga $57 setiap tahun (tidak termasuk GST).



Mereka yang berminat boleh membuat permohonan melalui dalam talian antara 10 pagi pada 5 Januari 2020 dengan 10 malam pada 19 Januari 2020.



Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman NParks, (www.nparks.gov.sg/gardening/allotment-gardens).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >