Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70% rakyat percaya pendekatan SG terhadap pelbagai kaum berjalan dengan baik

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 70 peratus rakyat Singapura percaya bahawa pendekatan Singapura terhadap kepelbagaian kaum berjalan dengan baik, menurut laporan oleh Institusi Kajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS).



Namun begitu, responden yang lebih muda dan golongan minoriti percaya bahawa pendekatan terhadap kepelbagaian kaum masih boleh diperbaiki.



Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa insiden perkauman telah mencetuskan kebimbangan mengenai keadaan keharmonian kaum di Singapura.



Semasa Hari Rapat Kebangsaan pada bulan Ogos lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa isu-isu mengenai bangsa harus diuruskan dengan teliti.



Kajian ini mendapati bahawa persepsi mengenai kepelbagaian kaum dan kesamaan kaum berbeza antara kumpulan etnik yang berbeza.



Sentimen yang kuat ini dapat dilihat dengan seramai 51.5 peratus responden Melayu percaya bahawa pendekatan kepelbagaian kaum sekarang boleh diperbaiki lagi.



Ini berbanding dengan hanya 25 peratus daripada responden Cina dan 37 peratus daripada responden India.



Pada masa yang sama, 35 peratus daripada mereka yang berusia 21 hingga 34 tahun lebih cenderung berkongsi kepercayaan yang sama, berbanding dengan 29 peratus dari mereka yang berusia 65 tahun ke atas.



Dalam laporan tersebut, responden Melayu juga didapati kurang bangga dengan kesamaan kaum di Singapura.



Seramai 52 peratus dari mereka mengatakan bahawa mereka bangga atau sangat bangga dengan kesamaan kaum di Singapura.



Ini berbanding dengan 71 peratus orang Cina dan 66 peratus responden India.



Mengulas dapatan laporan itu dalam sidang media kelmarin, Ketua Makmal Sosial IPS, Dr Mathew Mathews berkata sebagai sebuah masyarakat, ramai yang menghargai kepelbagaian bangsa dan kaum.



Namun, persepsi mengenai kepelbagaian ini mungkin berlainan bagi setiap orang.



"Kita menjangkakan mereka yang datang ke Singapura untuk mengamalkan toleransi terhadap pelbagai kaum.



"Tetapi pada masa yang sama, bukan semua orang yang memandang kepelbagaian kaum seperti yang diamalkan adalah sempurna kerana kami masih melihat masyarakat minoriti berasa bahawa terdapat pelbagai perkara yang masih perlu diperbaiki," terangnya.



"Sikap terbuka adalah sesuatu yang sudah dipraktikkan dalam masyarakat.



"Namun, pada masa yang sama kita sendiri juga ingin rasa selamat dan dilindungi, jadi di sinilah dasar dapat mengubah keadaan ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >