Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70 relawan sebar mesej antidadah di tempat makan malam

Sep 10, 2017 | 05:30 AM



MENGUKUHKAN terus mesej antidadah menerusi lawatan ke beberapa tempat makan malam yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu/Islam.



Itulah dilakukan sekumpulan 70 sukarelawan, yang terdiri daripada belia Melayu, termasuk penunggang motosikal, menerusi kempen Super Supper - 'Dadah itu Haram'.



Langkah itu diambil bagi menyampaikan mesej antidadah kepada para pelanggan di gerai dan kedai makan di kawasan Simpang Bedok, Kampong Glam, Bukit Timah dan Woodlands, malam kelmarin.



Lawatan yang dipimpin Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, itu antara lain menyaksikan sukarelawan tersebut berbual dan menyampaikan pelekat dan poster kempen antidadah kepada para pelanggan gerai dan kedai makan yang mereka kunjungi.



Bermula sekitar 10 malam, lawatan tersebut dikatakan berakhir sekitar 2 pagi.



Terdapat lebih 50 kedai makan serta lebih 200 gerai (yang terletak dalam kedai makan) menyokong kempen 'Dadah itu Haram' yang dilancarkan pada 30 April lalu.



Biasanya dianggarkan sekitar 10,000 pelanggan melanggani gerai-gerai dan kedai-kedai makan itu, terutama remaja, pada setiap hujung malam minggu.



Kempen 'Dadah itu Haram', yang diketuai Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai bahaya dadah, punca ketagihan, cara mengelak daripada terjerumus dalam gejala tersebut, serta pandangan Islam mengenai dadah.



Semasa ditemui, salah seorang sukarelawan, Encik Taikhoom Shabbor Khairullah, 23 tahun, berkata kunjungan sedemikian dapat mengukuh terus mesej antidadah kepada para pelanggan gerai dan kedai makan, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.



"Tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan golongan muda setiap Jumaat dan hujung minggu.



"Dengan tidak secara langsung, biasanya anak-anak muda ini akan membincangkan apa yang mereka lihat di tempat makan mereka itu.



"Kemudian mereka akan kongsi apa yang mereka lalui dengan keluarga dan rakan-rakan lain pula," ujar penuntut tahun ketiga jurusan undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Seorang eksekutif pemasaran yang ditemui, Cik Nur Khaliesah Mohamed Nahrawi, 22 tahun, berkata: "Bagus juga ada kempen lawatan sebegini yang mengingatkan kita akan kesan dadah ke atas diri seseorang."



Encik Amrin, yang turut serta menemui pelanggan gerai dan kedai makan itu berkata langkah sedemikian memaparkan usaha berterusan pemerintah dalam meningkatkan kesedaran mengenai mesej antidadah.



"Ini adalah satu usaha akar umbi yang baik. Keprihatinan dalam isu dadah tidak terhad kepada pemerintah dan pertubuhan Melayu/Islam sahaja.



"Malah, kami juga telah mendapat sokongan pemilik kedai-kedai makan yang menjadi tumpuan pelanggan Melayu/Islam.



"Pucuk pangkalnya, mesej sebegini dapat sampai terus kepada masyarakat kita semasa mereka berkumpul sama - terutamanya dalam sesi makan malam," jelas beliau.



Laporan lain: Bekas penagih mahu ikut perang dadah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >