Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

700 keluarga manfaat habuan agihan Muhammadiyah

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA menyambut kedatangan bulan Ramadan esok, Persatuan Muhammadiyah telah mengagihkan beg habuan kepada 700 keluarga yang memerlukan di beberapa kawasan di Singapura kelmarin.



Beg habuan tersebut mengandungi keperluan makanan harian seperti beras, minyak masak dan minuman untuk membantu keluarga penerima zakat persatuan tersebut semasa Ramadan ini.



Inisiatif itu sebahagian daripada usaha pertubuhan itu untuk membantu masyarakat, dengan sokongan tambahan penaja dan penderma.



Turut hadir semasa pengagihan beg habuan itu ialah Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Sebanyak 700 keluarga yang sama itu akan menerima kurma, kuih Hari Raya dan baucar wang tunai bulan depan sebagai persiapan untuk Hari Raya pula nanti.



Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata lebih 1,000 keluarga akan menerima bantuan daripada persatuan itu semasa Ramadan ini.



Ini merupakan jumlah penerima habuan tertinggi bagi persatuan itu, mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dek kesan pandemik Covid-19, kata Cik Roszanah.



"Dengan bantuan sebegini, kami dapat menyatukan masyarakat. Individu dari pelbagai latar belakang dan juga agama bersatu dalam menjalankan bantuan ini.



"Setiap tahun kami terharu dengan sokongan padu masyarakat. Tentunya, ini semua boleh berlaku hasil dari derma dan zakat yang dihulurkan kepada Muhammadiyah," tambahnya.



Dalam pada itu, Persatuan Muhammadiyah juga bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kempen Dadah Itu Haram, dengan barangan seperti risalah, pelekat dan tuala akan diagihkan di samping beg habuan tersebut.



Ini bagi menyebarkan mesej anti-dadah, yang sekali gus akan membantu mempertingkat kesedaran dalam kalangan masyarakat.



Dr Faishal berkata kerjasama dengan rakan berfikiran serupa, seperti Persatuan Muhammadiyah, akan membantu membina daya ketahanan masyarakat dan membentuk masa depan belia.



"Bersama, kita terus mengingatkan tentang bahaya dadah dalam fikiran kita. Kesedaran seperti ini diperlukan untuk melindungi diri kita dan orang tersayang daripada bahaya dadah," kata beliau.



Dr Faishal berkata bulan suci yang bakal tiba ini merupakan peluang bagi orang ramai melakukan kebaikan dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.



Ia juga peluang untuk mengingatkan keluarga meluangkan masa bersama orang tersayang.



"Kami berharap dapat melihat kerjasama lebih besar dengan lebih ramai rakan masyarakat mendekati lebih ramai anggota masyarakat dan benefisiari serta keluarga yang mudah terjejas," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >