Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

700 lagi isi rumah raih manfaat program kebajikan North West

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



PROGRAM yang dipertingkat, Service Weeks+, kendalian WeCare @ North West telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember lalu dan akan selesai pengagihan suku pertamanya pada hujung minggu ini.



Kawasan North West mempunyai 14 divisyen - Admiralty, Canberra, Chong Pang, Limbang, Marsiling, Nee Soon East, Nee Soon South, Nee Soon Link, Sembawang Central, Sembawang West, Ulu Pandan, Woodlands, Woodgrove, dan Zhenghua.



Dengan Service Weeks+, sebanyak 700 isi rumah tambahan dijangka dapat memanfaat skim kebajikan itu.



Di bawah khidmat tersebut, penduduk boleh memilih hingga 12 makanan daripada 34 pilihan menerusi borang dalam talian.



Secara alternatif, mereka juga boleh memilih 12 makanan daripada 29 pilihan jika ia dilakukan di pasar pop-up semasa diedarkan.



Ada dalam kalangan mereka juga akan menerima khidmat dan barangan pembaikan rumah, serta baucar tambahan untuk membantu perbelanjaan mereka.



Pengagihan seterusnya akan diadakan pada April hingga Jun, mengikut tempoh suku tahun.



Sebanyak 900 korporat dan relawan masyarakat terlibat dalam skim berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >